Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Model Muslimah Dikecam Konon...

ADA yang ingat lagi dengan gadis yang bernama Syasya Solero? Alahhh... Yang buat...

PSG Risau Lawan Liverpool...

PARIS - Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe kesuntukan masa untuk...

Lelaki Ini Selamba Makan...

EWWW…jijik dan geli geleman. Tetapi bagi lelaki ini, dia menganggap lintah yang dimakannya...

Janji Manifesto Akan Ditunaikan...

PORT DICKSON - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Pengundi Rantau Telah Bersuara

KUALA LUMPUR – Kemenangan selesa Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau membuktikan rakyat telah bersuara dengan membuat pilihan menolak Pakatan Harapan (PH).

Demikian pendapat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menganggap mesej dalam PRK DUN Rantau sudah cukup jelas kerana suara Mohamad dalam arena politik amat diperlukan kerana rakyat mahu Barisan Nasional (BN) menentang kezaliman PH.

Jelas Najib, tindakan PH yang menggunakan pelbagai taktik kotor termasuk menabur duit dan berkempen melampaui batas undang-undang pilihan raya sungguh berbeza dengan BN yang hanya berbekalkan khemah, kipas dan motosikal.

“Kami berdepan dengan gergasi-gergasi dari PH yang mempunyai jentera kerajaan Persekutuan dan negeri selain sumber dana yang besar. Kita juga tidak lupa pemberian kupon makanan, taktik kotor menaikkan kain rentang berunsur perkauman tetapi menyalahkan BN dan laungan provokasi menakutkan pengundi seolah-olah penyatuan ummah adalah ala Taliban.

“Tindakan mereka mengungkit kisah dan sejarah lama kewangan peribadi Mohamad juga amat keji dan bagaikan begitu terdesak sedangkan diketahui umum bahawa beliau adalah tokoh korporat yang amat berjaya sejak sekian lama sebelum menyertai politik,” katanya dalam akaun Facebook miliknya.


Keputusan rasmi PRK DUN Rantau menyaksikan Mohamad memperoleh 10,397 undi menewaskan calon PH, Dr. S. Streram dengan majoriti 4,510 undi selepas pakar bius itu hanya memperoleh 5,887 undi.

Dua calon Bebas iaitu R. Malarvizhi dan Mohd. Nor Yassin pula masing-masing mendapat 83 dan 79 undi. – UTUSAN ONLINE

Kategori