Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Tak Mungkin...

PETALING JAYA - Penyanyi Hafiz Hamidun tidak berminat untuk merakamkan album selepas penjualan...

Anak Bilal Antara 21...

YAN - Seorang lelaki yang juga anak kepada seorang bilal dekat sini, tidak...

Pengawal Jong-un Jadi Perhatian...

SINGAPURA - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Singapura dengan diiringi konvoi...

Nilai Tender Nombor Plet...

ARAU - Nilai tender yang ditawarkan oleh 1,507 pembida dari seluruh negara untuk...

Pengumuman Mengenai Kutipan Tol Masa Terdekat

SEMENYIH – Kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita baru berbincang dalam Kabinet. Mungkin dalam sehari dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri berkaitan,” katanya dalam ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih di Batu 26 Beranang di sini malam tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh mengenai manifesto Pakatan Harapan, yang mana parti itu berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar tol dan memansuhkan kutipan tol jika boleh, sekiranya mereka menang pilihan raya umum lepas.

Kira-kira 150 orang hadir pada ceramah umum itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. – BERNAMA

Kategori