Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Zionis Sengaja Abai...

RAMALLAH - Langkah Israel untuk tidak memberikan vaksin Covid-19 kepada tahanan Palestin dianggap...

Lelaki Dan Rakan Maut...

GEORGETOWN - Seorang lelaki dan rakan wanitanya maut selepas kereta jenis Perodua Myvi...

Blogger Kecantikan Dikecam Solekan...

BLOGGER Kecantikan, Mykie, telah dikecam hebat selepas mengajar orang ramai menerusi YouTube dengan...

Ugut Sambil Acu Pisau,...

PETALING JAYA - Tindakan seorang penganggur yang mengugut dengan mengacukan pisau kepada rakan...

Pengorbanan Ibu, Abang Pembakar Semangat Hazim

GEORGE TOWN – Pengorbanan ibu dan abang menjadi pembakar semangat Mohd Hazim Abdul Manaf, 23, untuk mencapai kejayaan dalam akademik di samping menjalankan tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM).

Anak bongsu daripada dua adik-beradik itu adalah penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor di samping menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik (Kepujian) pada Konvokesyen ke-56 USM yang bakal diadakan pada 23 hingga 28 Okt ini.

Mohd Hazim berkata kehilangan bapa kandungnya akibat strok 10 tahun lalu telah membuatkan ibunya, Noor Ezah Othman, 52, terpaksa bekerja lebih keras untuk menanggung perbelanjaan keluarga serta pengajian beliau dan abangnya.

“Inilah masanya untuk membalas jasa ibu. Ibu saya pekerja kilang, saya kehilangan ayah pada usia 12 tahun…jadi memang mak yang tanggung semua perbelanjaan dengan bantuan sedikit wang pencen arwah ayah yang dahulunya berkhidmat sebagai seorang polis,” kata Mohd Hazim kepada pemberita di USM di sini, hari ini.

Mohd Hazim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah, berkata beliau merancang untuk menimba pengalaman bekerja dalam industri terlebih dahulu sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan kini telah dua bulan bekerja sebagai seorang jurutera.

“Bagi saya, adalah lebih baik sekiranya saya ada pengalaman bekerja dalam industri terlebih dahulu supaya saya boleh menyampaikan lebih banyak ilmu ketika menjadi pensyarah satu hari nanti… saya mahu kembali ke USM sebagai pensyarah untuk menabur bakti,” katanya.

Manakala bagi Noor Ezah, yang tidak pernah berputus asa untuk membesarkan anak-anaknya setelah kematian suami, berkata beliau amat bersyukur dan gembira dengan pencapaian mereka.


“Saya selalu menasihati dan mengingatkan anak-anak supaya mencapai kejayaan kerana kejayaan mereka kejayaan saya juga. Ini juga apa yang ayah mereka mahu, kejayaan mereka,” kata Noor Ezah.

Selain Mohd Hazim, antara graduan cemerlang yang bakal menerima anugerah khas pada upacara konvokesyen kali ini ialah penerima Hadiah Pingat Emas Canselor, Shoong Wing Fai, 23; penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia (pelajar terbaik kategori bumiputera) Muhamad Azlan Shah Adnan, 23, dan penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia (pelajar terbaik kategori bukan bumiputera) Ngoi Hui Chien, 23.

Pada upacara konvokesyen itu nanti, seramai 6,979 orang graduan akan menerima ijazah masing-masing termasuk dua penerima Ijazah Kehormat, dua penerima Profesor Emeritus, 550 orang penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 1,479 penerima Ijazah Sarjana, 4,883 orang penerima Ijazah Sarjana Muda dan 67 orang penerima Diploma Kejururawatan.

Tuanku Canselor, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan berangkat mempengerusikan sidang pertama pada hari Selasa, bermula 10.00 pagi. Sidang pertama menyaksikan upacara pengijazahan kepada 593 orang graduan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • USM

Kategori