Pengkritik Kecewa Dengan Finale Star Wars

KUALA LUMPUR – Menamatkan 24 tahun kejayaan yang panjang  bukanlah kerja mudah.

Selepas mendapat kritikan teruk dalam Star Wars: The Last Jedi, filem terakhir trilogi Star Wars yang juga penamat kepada sembilan bahagian francais tersebut, The Rise of Skywalker dilihat sebagai cubaan pengarahnya, J.J Abrams untuk memuaskan hati semua peminat.

Star Wars: The Rise of Skywalker yang ditayangkan pada Jumaat lalu hanya mendapat 57 peratus markah daripada laman web Rotten Tomatoes setakat semalam.

“Star Wars: The Rise of Skywalker mengecewakan kerana kekurangan imaginasi tetapi berjaya menamatkan francais filem ini dengan sifatnya yang setia kepada penonton,” kata laman web tersebut.

Bagi penulis The Guardian, Jordan Goffman, permintaan para peminat Star Wars yang mahukan Abrams mengemudi bahagian ketiga trilogi berkenaan dengan harapan beliau mampu memulihkan semula Star Wars yang dikatakan tersasar di tangan Rian Johnson (pengarah The Last Jedi), gagal.

“Saya gembira, sekurang-kurangnya semuanya telah berakhir dan berharap, lama-kelamaan para pengkritik akan diam juga.

“Kemudian kita akan menikmati filem-filem yang sangat menghiburkan dan dibikin dengan hebat, menyeronokkan tetapi mempunyai plot asas yang mana kanak-kanak pun boleh mengikutinya,” katanya.

“Daripada membuat sebuah filem yang disukai oleh sebahagian orang, Abrmas cuba membikin sebuah filem yang tidak dibenci sesiapa dan hasilnya anda tidak merasai apa-apa,” kata penulis Slate, Sam Adams pula dalam reviu filemnya.

Tambah Adam, The Rise of Skywalker terlalu tergesa-gesa cuba memadamkan kesilapan yang telah dibuat dalam The Last Jedi.

Watak Rey, Poe dan Finn diletakkan dalam satu babak yang sama sejak awal lagi manakala salasilah Rey pula terus dibincangkan dan Emporer Palpatine dihidupkan semula untuk menggantikan Supreme Leader Snoke yang mati dibunuh dalam The Last Jedi.

The Rise of Skywalker bagaikan menyumbat penonton dengan apa yang mereka mahu untuk menonton filem Star Wars tetapi semuanya bagaikan satu paksaan.

“Ia ibarat perut anda penuh tetap tiada kenikmatan dalam makanan tersebut,” katanya lagi.

Bagi kebanyakan pengkiritik, The Rise of Skywalker banyak membazir masa dengan membaiki isu-isu yang dihadapi peminat dalam The Last Jedi, di samping suka menambah karakter berbanding meneroka watak-watak yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Bagaimanapun, ulasan-ulasan awam masih memberikan pujian kepada skor John Williams yang kaya dengan visual serta persembahan hebat daripada pelakon-pelakon seperti Adam Driver, Daisy Ridley dan Billy Dee Williams.

Filem dijangka mempu mengutip sekitar AS$200 juta semasa tayangan pembukaan di Amerika Syarikat, satu permulaan yang lemah berbanding filem-filem Star Wars dalam tempoh sedekad yang lalu.

Namun begitu, para penganalisis tetap meramalkan The Rise of Skywalker mampu mengutip di antara AS$1.4 bilion dan AS$1.8 bilion di peringkat global.

Ia turut mengumumkan hanya mengekalkan enam filem Star Wars dan siri-siri animasi Clone Wars sahaja manakala buku-buku lain, program TV atau komik tidak lagi diteruskan.

Ini membuatkan Disney melancarkan sebuah trilogi terbaharu pada 2015 mengikut acuannya sendiri.

Meskipun Kathleen Kennedy yang mengetuai Lucasfilm memantau filem-filem berkenaan, beliau membiarkan para pengarah bebas meluahkan kreativiti terhadap jalan ceritanya.

Jadi, selepas Abram menerbitkan The Force Awakens, pengarah Rian Johnson pula mengambil tanggung jawab untuk mengarahkan filem seterusnya, The Last Jedi. – Agensi

Loading...