Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita UMNO Harap Jangan...

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menghapuskan bantuan...

Sharnaaz Ahmad Mengaku Dekati...

PETALING JAYA - Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus...

Cemas, Pertama Kali Kampung...

REMBAU - "Ini sesuatu yang tidak dijangka kerana tidak pernah alami sejak tinggal...

KHALWAT : Awek S’pore...

Seorang wanita warga Singapura tergamak mengakui dirinya bukan beragama Islam bagi mengelak dirinya...

‘Pengkhianat Negara’ Tuduhan Berat – Dzulkifli

PUTRAJAYA – Tan Sri Dzulkifli Ahmad terkilan dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Shukri Abdull yang melabelkan beliau sebagai ‘pengkhianat negara’.

Dzulkifli yang merupakan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, menyifatkan tuduhan penggantinya itu amat berat buat diri beliau yang telah berkhidmat selama hampir 25 tahun di dalam perkhidmatan awam Malaysia.

“Saya telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, profesional serta memberikan komitmen yang tinggi.

“Dan saya sesungguhnya tidak pernah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai ‘pengkhianat negara’,” katanya dipetik sebuah akhbar tempatan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dzulkifli mendedahkan bahawa Shukri telah menghubunginya untuk meminta maaf atas kenyataan yang dibuat beliau pada sidang media pertamanya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, semalam.

Jelasnya, biarpun kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan dalam sidang media berkenaan, beliau telah memaafkan Shukri dan menganggap isu tersebut kini selesai.

“Walau bagaimanapun, saya amat terharu dan ingin memaklumkan bahawa beliau (Shukri) telah menghubungi saya pada pagi ini melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya amat bersyukur dan berlapang dada untuk menerima permohonan maaf beliau dan kami berdua menyifatkan bahawa isu ini telah pun selesai,” katanya.


Kenyataan ‘pengkhianat negara’ Shukri itu dibuat selepas mendakwa Dzulkifli tidak meneliti laporan siasatan yang dikemukan oleh pihak SPRM.

Ujar Shukri, beliau memohon persaraan awal pada 2016 dengan alasan mahu menyambung pengajian kerana tidak mahu berkhidmat di bawah Dzulkifli yang dianggapnya sebagai pengkhianat.

Dalam sidang akhbar dihadiri lebih 100 petugas media itu juga, Shukri mendedahkan bahawa beliau konon menerima ancaman bunuh ketika menyiasat kes anak syarikat 1MDB, SRC International yang menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri ke luar negara.

Sekadar makluman, pelantikan semula Shukri ke dalam SPRM adalah selepas Dzulkifli memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya agensi itu.

Shukri sebelum ini berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM dan mengambil keputusan untuk bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi). – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori