Pengikut Tarekat Sambut Aidilfitri Hari Ini

JAKARTA – Saat pemerintah dan umat Islam masih bersiap melihat anak bulan, sejumlah penduduk Indonesia sudah meraikan Aidilfitri hari ini.

Mereka adalah pengikut Jamaah Syattariyah di Aceh; Jamaah Al Muhdhor di Tulungagung dan Jamaah Tarekat Naqsyabandiah di Padang serta Jamaah An-Nadzir di Gowa.

Beberapa portal Indonesia melaporkan, kebanyakan pengikut terbabit mula berpuasa lebih awal iaitu pada 4 Mei lalu dan semalam merupakan hari terakhir berpuasa. – Agensi

Loading...