Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Orang Muda Bersama BN...

InsyaAllah orang muda akan bersama Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Bayi Comel, Arshad Bakal...

Seorang bayi yang menderita akibat penyakit Atresia Biliari berkaitan hati akhirnya dijadualkan akan...

Pembantu Makmal Perlu Cekap,...

ARAU - Kesedaran dan pengetahuan pembantu makmal sains terhadap aspek keselamatan makmal dan...

Proses Tambak Tanah Ambil...

IPOH - Projek pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima dekat Parit Buntar tertangguh...

Penghina ATM Adalah Musuh Negara – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak tanpa mengira kaum yang menghina peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan musuh negara.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai mengulas kontroversi kenyataan ahli perniagaan, Koon Yew Yin kononnya anggota tentera tidak berbuat apa-apa sebaliknya hanya makan dan tidur.

Ketika berucap dalam Perhimpunan Kementeriannya dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan bulan Kebangsaan 2019 di di sini hari ini, Mohamad berkata, apabila negara berada dalam keadaan aman dan tenteram, ramai kadangkala lupa peranan dan sumbangan ATM.

“Bagi kita, siapa sahaja yang hina ATM, mereka adalah musuh negara, tidak kira dia daripada mana-mana kaum atau pihak,” katanya tegas.

Dalam tempoh seminggu lalu, Yew Yin dilaporkan membuat kenyataan yang dianggap memperlekehkan ATM sekali gus mengundang kritikan ramai pihak.

Bagaimanapun ketika dihubungi Utusan Malaysia, ahli perniagaan itu meminta maaf terutama kepada anggota tentera yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

Mohamad pada masa sama turut mengkritik sikap warga maya yang hanya melenting apabila kritikan terhadap anggota ATM dibuat seseorang bukan berbangsa Melayu, namun berdiam diri apabila kritikan terhadap pasukan keselamatan dibuat oleh bekas Ketua Menteri Sabah.


“Apabila bekas Ketua Menteri Sabah berkata bahawa elok anggota tentera bersara lebih muda untuk menjadi pengawal keselamatan di bangunan-bangunan, manakala tentera wanita pula elok menjadi amah atau tukang cuci, saya melihat rakyat tidak melenting. Saya telah mengarahkan pihak angkatan tentera menjawab pandangan ini.

“Rakyat melenting apabila ada seorang jutawan (bukan Melayu) berkata tentera hanya makan dan tidur, serta eloklah menjadi peneroka Felda. Rakyat melenting dan pelbagai pihak memainkan peranan membela tentera.

“Saya melihat di sini ialah isu perkauman yang dimainkan. Kenapa apabila seorang Melayu atau Islam dan mengkritik angkatan tentera netizen diam, tetapi apabila ada (bukan Melayu) rakyat mereka melenting,” katanya.

Katanya, tidak kira daripada mana-mana kaum, tindakan menghina ATM adalah satu perkara yang amat jijik dan tidak boleh diterima.

Jelasnya, beliau mengambil serius perkembangan yang berlaku kerana kebanyakan negara bergolak turut disebabkan perpecahan etnik.

Kategori