Pengguna Terkejut Jumpa Buaya Atas Jalan Raya

PENGGUNA yang melalui jalan raya di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah awal pagi Sabtu, terkejut besar apabila menemui seekor buaya di tengah-tengah jalan raya berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi tadi, buaya berukuran sepanjang dua meter itu dipercayai sesat sebelum disedari oleh seorang pengguna jalan raya yang awalnya menyangka haiwan itu adalah biawak.

14947718_190258951429821_4037891516499838757_n

14909898_187194385068319_2451725371896059392_nTerkejut dengan kehadiran sang bedal itu, pengguna berkenaan segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap buaya berkenaan.

Menurut pegawai APM Kota Kinabalu, Usman Harto  lima anggota APM bergegas dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima aduan unik tersebut.

14925474_187194421734982_7827672672833097627_n

“Anggota APM berjaya menangkap buaya itu dalam tempoh hanya tiga minit sebelum membawanya ke pejabat APM Kota Kinabalu.

“Buaya seberat 55 kilogram itu dipercayai datang dari parit berhampiran sebelum sesat dan berkeliaran di tengah jalan raya,” katanya kepada Harian Metro.

Gambar buaya sesat itu turut tersebar menjadi viral menerusi media sosial.

Terdapat juga netizen dari Sabah menyifatkan insiden ini sebagai luar biasa kerana kejadian seperti itu jarang berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Loading...