Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kambing Mahu Minum Kopi...

LOS ANGELES - Seekor kambing liar nampaknya memang teringin hendak 'minum kopi' -...

Stadium Darul Aman Dipertingkat,...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan...

Onn Hafiz Bawa Aspirasi...

Tahniah Bangsa Johor kerana kini dipimpin oleh seorang Menteri Besar daripada Barisan Nasional...

Warna Pink Latari Majlis...

SEPERTI yang kita tahu, pasukan bola sepak Kelantan kini dikenali dengan nama Pamoga...

Pengguna Nikmati Pengurangan Harga Jalur Lebar Talian Tetap

PUTRAJAYA – Pengguna akan menikmati harga jalur lebar talian tetap lebih rendah kini iaitu pengurangan hingga 56 peratus apabila empat syarikat telekomunikasi mengumumkan pakej-pakej jalur lebar talian tetap yang baharu hari ini, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

Menurut MCMC, pengumuman keempat-empat syarikat telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME) dan Celcom adalah ekoran saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo supaya menawarkan jalur lebar talian tetap pada harga yang lebih berpatutuan kepada rakyat lanjutan daripada pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

“Kesemua syarikat telekomunikasi kini menawarkan pakej permulaan di bawah RM100 beserta pakej-pakej yang menawarkan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang lebih rendah,” kata kenyataan itu lagi.

Jelas MCMC, pakej permulaan TM bagi 30 Megabits sesaat (Mbps) sebelum MSAP pada kadar RM139 kini berharga RM79, sementara pakej permulaan Celcom 40 Mbps selepas MSAP berkurangan kepada RM80 daripada RM180, pakej permulaan Maxis 30 Mbps sebelum MSAP pada kadar RM139 kini menjadi RM89 dan pakej permulaan TIME 100 Mbps pada harga RM149 sebelum MSAP kini RM99.

Katanya, pakej TIME pada kelajuan 500 Mbps kini berharga RM139 sementara pakej TIME dengan kelajuan 1 gigabit sesaat (Gbps) kini berhargaRM199.


Tambah MCMC, pelaksanaan MSAP dan penurunan harga ekoran pelaksanaan tersebut adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menyediakan jalur lebar yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia pada harga yang berpatutan.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk terus meningkatkan kualiti jalur lebar di Malaysia,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori