Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Utamakan Mangsa yang Hilang...

KUALA LUMPUR - Mereka yang kehilangan rumah dan keseluruhan harta benda akibat dilanda...

Bulgaria Siasat Kes 100...

SOFIA - Pendakwa Bulgaria telah melancarkan siasatan ke atas pemilik kawanan kira-kira 100...

152,357 Warga ATM Undi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 152,357 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan...

Berhabis Untuk Plat BMW:...

KUALA LUMPUR - Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan mempersoalkan mengenai...

Penggiat Seni ‘Suri Teladan’ Hala Tuju Gagasan TN50

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf penggiat seni sebagai suri teladan yang berpengaruh dalam memacu hala tuju negara dan pembentukan gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Beliau berkata pengaruh penggiat seni bukan sahaja boleh membentuk hala tuju negara dalam industri kreatif dan hiburan sahaja tetapi juga dalam membentuk rupa bangsa negara dan masyarakat cemerlang.

“Penggiat seni adalah suri teladan yang cemerlang dan tiada tolok bandingnya. Mereka membentuk generasi dan mengangkat martabat negara dan menjadi aspirasi negara,” katanya pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri di Seri Perdana di sini malam ini.

Moderator bagi sesi dialog tersebut dikendalikan pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor. Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Sebagai mengiktiraf penggiat seni, Najib menjemput penggiat seni ke Dewan Bankuet Seri Perdana, yang merupakan venue di kediaman rasmi Perdana Menteri, tempat beliau meraikan pemimpin ​​dunia berpengaruh seperti Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Presiden China Xi Jinping dan bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Najib berkata penggiat seni merupakan satu kumpulan penting yang tidak boleh dipinggirkan.

“Kita harus meletakkan mereka di arus perdana negara kita,” katanya.

Najib menyifatkan golongan penggiat seni sebagai komponen masyarakat yang penting yang mampu berkomunikasi dengan rakyat dalam apa jua persembahan.

Najib berkata penggiat seni penting dalam menentukan masa depan negara dan memastikan Malaysia tidak diperlekehkan.

“Kita mesti tentukan satu hari nanti Malaysia merupakan negara kelas pertama,” katanya.

Najib berkata penggiat seni Malaysia boleh memainkan peranan menjenamakan Malaysia dalam industri seni di peringkat antarabangsa.

Mengambil contoh industri hiburan Korea yang berjaya menjenamakan negara itu, Najib berkata beliau juga mahu nama Malaysia tersohor di pentas antarabangsa melalui tokoh seni negara.

“Seperti K-pop yang menjenamakan Korea sehingga mendapat tempat di peringkat antarabangsa, kita nak branding (jenamakan) Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.


Kira-kira 300 penggiat seni hadir pada sesi dialog itu dan antara cadangan yang dikemukakan secara langsung kepada perdana menteri adalah mengenai percukaian, kebajikan artis veteran, tabung kebajikan artis, cara meningkatkan pendapatan penggiat seni.

Dalam rumusannya pada akhir sesi itu, Najib meluahkan rasa puas hati di atas pertemuan itu yang beliau anggap sebagai dialog terbesar bersama penggiat seni setakat ini, walaupun cadangan yang dikemukakan lebih banyak tertumpu kepada isu kebajikan.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata segala cadangan itu harus difikirkan secara bersama dengan semua pihak yang terlibat bagi memastikan kebajikan penggiat seni terus terbela.

“Kita boleh bincang bagaimana kita boleh tingkatkan kebajikan penggiat seni. Kedua, kita mesti boleh menjaga hari muka mereka untuk jaminan masa depan,” katanya.

Beliau berkata bagi golongan yang benar-benar berbakat, kelebihan mereka perlu digarap sehingga sampai ke peringkat antarabangsa, sambil mengambil contoh beberapa artis negara yang berjaya di peringkat antarabangsa seperti Shila Amzah, Datuk Shake dan Harith Iskander.

Najib berkata satu perancangan atau platform bersepadu perlu diwujudkan bagi mengangkat bakat terpendam untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Perdana menteri berkata seni Malaysia perlu didefinisikan dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Bila sebut seni Korea kita tahu, seni Afrika kita tahu, seni Bollywood pun kita tahu…kita mahu define (menetapkan) apa itu seni Malaysia…ini perlu sama-sama kita bincang,” katanya.

Najib berkata dialog bagi mendapatkan input daripada setiap segmen masyarakat termasuk penggiat seni itu akan dirumuskan dan sebahagian daripada cadangan dimasukkan dalam Bajet 2018. – BERNAMA

Kategori