Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

20,939 Kes Covid-19 Dilaporkan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 terus melonjak melepasi angka 20,000 dengan 20,939 kes hari...

Kafe Harry Potter Curi...

JIKA hendak diikutkan sudah banyak kafe hipster yang dibuka di Malaysia. Tapi, jarang-jarang...

Tak Kemaruk Cinta, Zahirah...

KUALA LUMPUR - ‘Tanpa cinta, saya lebih fokus dalam kerjaya.’ Begitu luahan aktres jelita,...

Bantuan Kecil Buat 176...

KETUA Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyerahkan gaji pertamanya sebagai Ahli Parlimen...

Penggantungan Sementara MTUC Ditarik Balik

KUALA LUMPUR – Pendaftar Pertubuhan (ROS) menarik semula penggantungan sementara Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang dikenakan sejak 19 Disember lalu.

Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor, berkata surat penarikan semula itu diterima semalam yang memaklumkan ROS tidak akan membatalkan pendaftaran kongres itu.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ROS yang menarik semula penggantungan sementara dan tidak meneruskan sebarang langkah membatalkan pendaftaran kesatuan yang mewakili kira-kira 15 juta pekerja.

“Mereka bukan hanya menerima penjelasan MTUC berhubung isu berbangkit tetapi membuat keputusan dengan cepat demi kepentingan pekerja dan kesatuan sekerja di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan bersama dengan Setiausaha Agungnya, J Solomon.

Abdul Halim berkata, kedua-dua keputusan itu diambil susulan ROS berpuas hati dengan penjelasan diberi MTUC dan dokumen sokongan dikemukakan.

“Penjelasan dan bukti sokongan sebagai tindak balas terhadap beberapa isu dibangkitkan ROS, timbul daripada aduan individu tertentu yang tidak berpuas hati.

“Surat itu turut mengarahkan kami mengeluarkan pemberitahuan relevan secepat mungkin untuk mengadakan Persidangan Delegasi Triennial MTUC (TDC) selaras Perlembagaan MTUC,” katanya.

Beliau berkata, ROS Selangor akan terus membuat pemantauan terutama memastikan persidangan itu diadakan mengikut peraturan ditetapkan dalam perlembagaan MTUC.


Katanya, keputusan ROS membatalkan penggantungan dan mengeluarkan pemberitahuan pembatalannya yang digantung selama tiga minggu itu, membolehkan kesatuan kembali menjalankan fungsi secara bertanggungjawab, selain memberikan penjelasan memuaskan kepada pertanyaan pihak berkenaan.

Mengenai TDC, Abdul Halim berkata, kepemimpinan MTUC sudah memanggil Mesyuarat Pertubuhan Jeneral Khas pada 2 Februari depan yang akan memutuskan semua perkara dan persiapan berkaitan mengikut peraturan Perlembagaan MTUC.

“Kepemimpinan akan melaksanakan segala langkah perlu untuk TDC diadakan dengan ketelusan dan penuh integriti. Kesungguhan ROS memainkan peranan ke arah ini sangat dihargai.

“Justeru kita berharap semua ahli dan gabungan MTUC memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan dalam minggu-minggu akan datang untuk memastikan persidangan terbabit dengan demokrasi dan berintegriti.

“Pilihan raya MTUC yang diadakan di TDC mesti memperkasakan kredibiliti kesatuan di mata pekerja dan rakyat,” katanya. – BH Online

Kategori