Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jenazah Mangsa Pertama Kapal...

KLANG - Jenazah seorang daripada mangsa insiden kapal korek Ocean Line SC208 yang...

Tak Sarapan 2 Tahun...

BUKTI kasih sayang abang kepada adiknya, seorang kanak-kanak sanggup mengikat perut dengan tidak...

Bayi Ditinggal Di Kaunter...

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki meninggalkan bayi lelaki dianggarkan berusia lima hari di kaunter...

RMK11: Johor Minta Tambah...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor meminta tambahan 20,000 unit rumah Projek Perumahan...

Pengganas Kulit Putih Anti Islam, Anti Pendatang

WELLINGTON – Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan rambang di masjid Al Noor di Christchurch dan menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial, telah memuat naik manifesto setebal 73 muka surat mengandungi alasan mengapa dia melakukan jenayah tersebut.

Dalam kejadian hari ini, sekurang-kurangnya 49 orang disahkan terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas Tarrant menyasarkan dua buah masjid di Christchurch.

Manifesto ‘The Great Replacement’ menggambarkan Tarrant mengagung-agungkan ketuanan kulit putih dan kebencian maksimumnya terhadap Islam.

Katanya, serangan di Christchurh bagi menunjukkan bahawa golongan pendatang tiada hak ke atas tanah kulit putih dan ia sebagai peringatan bahawa selagi kulit putih masih hidup, pendatang tiada peluang merampas tanah mereka.

Serangan itu juga bertujuan mengurangkan populasi pendatang asing.

Pemuda berusia 28 tahun ini turut menyenaraikan alasan, penurunan kadar kelahiran orang kulit putih di Barat dan pengambilalihan demografi oleh umat Islam sebagai pemacu utama di sebalik tindakannya.


Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbunuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm, Sweden pada 2017.

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu.

Sekitar Disember tahun lalu, dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch. – Agensi

Kategori