Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan

KEJAYAAN filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket tertinggi yang dipegang oleh Polis Evo.

Dek kerana kejayaannya itu, pengasas Skop Production Sdn. Bhd., Datuk Yusof Haslam tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan sekuel filem arahan anaknya itu.

Namun, baru-baru ini Yusof telah mengesahkan akan meneruskan sekuel filem itu dan pasti ini khabar gembira buat peminat-peminat yang tertunggu-tunggu aksi yang bakal dipersembahkan.

Ini kerana filem itu mendapat sambutan ramai, malah telah ditayangkan di lebih 100 pawagam seluruh Malaysia. Khabarnya, Zizan Razak juga akan dikekalkan untuk menerajui filem AFL3 itu nanti.

ALF3 dijangkakan membabitkan kos sebanyak RM4 juta itu adalah hadiah kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap industri filem melayu tanah air.

“Penggambaran dijangka selepas Aidilfitri tahun depan iaitu selepas tayangan filem ketujuh arahan Syafiq iaitu KL Special Force yang akan ditayangkan pada Mac depan,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurut Yusof lagi, pengambaran tersebut akan dibarisi pelakon ternama yang lain serta tempoh yang panjang diambil untuk memastikan filem AFL3 sebaris dengan filem Hollywood.

ALF3 akan membabitkan kos lebih tinggi berbanding sebelumnya kerana filem itu juga bakal menampilkan lebih ramai bintang dan nama besar dalam industri.

“Filem itu nanti bakal mengambil masa penggambaran yang panjang bagi menghasilkan filem aksi yang lebih berkualiti setaraf dengan filem Hollywood.

“Dengan mengekalkan pelakon utama selain barisan pelakon baru dan lama serta kecanggihan teknologi yang diserapkan dalam filem itu, saya yakin ia mampu mencatat kutipan lebih daripada apa diperolehi menerusi ALF2,” tambahnya.

Dalam pada itu, Yusof menyatakan yang isu rakaman secara haram yang dialami ALF2 tidak memberi kesan yang besar walaupun dia kesal dengan tindakan segelintir individu yang melakukan perkara tersebut.

Ini terbukti apabila pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu berjaya mengutip jualan tertinggi dan penonton terbesar yang menyumbang kutipan tertinggi sebanyak RM700,000.

Filem ALF2 juga berjaya mendapat dinobatkan sebagai Filem Box Office pada Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) yang lalu. РMYNEWSHUB.CC/SA

Loading...