Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Maut Dipanah...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan...

PPS Kerajaan Dapat Kebenaran...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan kerajaan persekutuan untuk mengemukakan rayuan...

Mungkin Kerah Tentera Jika...

KHIDMAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan digunakan sekiranya kerajaan melihat pematuhan terhadap...

Isu ICERD: Mahathir Mulakan...

BONGKAR... Isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) sebenarnya telah mula dibangkitkan...

Penggabungan KWSP-PERKESO Akan Ditentukan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada kerajaan mengenai cadangan untuk menggabungkan agensi itu dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata usaha berkenaan adalah bergantung kepada kerajaan memandangkan perkara itu membabitkan dasar serta perundangan negara.

“Saya tidak boleh memberikan komen mengenai cadangan ini kerana ia hanya boleh ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan.

“Sebarang keputusan yang dibuat memerlukan pembabitan dasar serta perundangan dan dalam hal ini, ia perlu diserahkan kepada pihak kerajaan. Jadi saya tidak boleh memberikan sebarang maklum balas mengenai hal ini,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) di sini, hari ini.

Dalam temu bual bersama The Malaysian Reserve bulan lalu, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata kerajaan sedang menimbang untuk menggabungkan KWSP dan PERKESO bagi mewujudkan entiti tunggal dalam memantau kebajikan pekerja di Malaysia.

Kulasegaran berkata, kementeriannya sedang menyediakan kertas cadangan kepada Kabinet sama ada dua institusi itu boleh dijadikan sebagai satu entiti dan beroperasi di bawah satu ‘payung’.

Ketika ini, KWSP dan PERKESO secara berasingan mengutip sumbangan caruman bulanan daripada pekerja dan meningkatkan nilai wang berkenaan serta dan membayar kembali kepada pekerja sama ada dalam bentuk pengeluaran, dividen atau manfaat lain.


Setakat tahun lalu, KWSP mengurus dana berjumlah RM800 bilion manakala PERKESO mencatatkan dana sebanyak RM26 bilion.

Penggabungan dua agensi itu dilihat mampu mewujudkan saiz dana yang lebih besar dan menjana pulangan yang lebih tinggi serta mampu memberikan penyelesaian lengkap kepada pekerja.

PERKESO ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan diamanahkan untuk menguruskan beberapa skim perlindungan keselamatan sosial seperti melindungi pekerja dari perkara luar jangka dan kematian serta Sistem Insurans Pekerja (SIP) yang baru ditubuhkan.

Sementara itu, KWSP juga adalah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan secara cekap dan dipercayai. – BH Online

Kategori