Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Ainul Mohon Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400,000 sumbangan diperlukan bagi menampung kos rawatan dan membawa...

Rusa Berkumpul, Ular Tidak...

JOHOR BAHRU - Gerhana matahari anulus atau cincin yang berlaku hari ini didapati...

Pegawai JPN Ditahan Keluarkan...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 20 individu termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara...

Jejak Karbon Tentu Impak...

KUALA LUMPUR - Semua projek infrastruktur atau penjanaan elektrik akan memberi impak kepada...

Pengetua Liwat 2 Pelajar Direman 3 Hari

BUTTERWORTH – Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini direman tiga hari selepas didakwa meliwat dua pelajar berusia 11 dan 13 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Butterworth, Ahmad Faiz Md. Zain bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas suspek berusia 54 tahun itu.

Dia dibawa ke mahkamah pada pukul 10 pagi selepas ditahan di rumahnya petang semalam.

Selasa lalu polis menerima laporan daripada dua mangsa terbabit mendakwa dicabul dan diliwat guru berkenaan ketika berada di asrama sekolah.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan oleh doktor pakar dan salah seorang mangsa akan dirujuk kepada Pakar Psikatrik di Hospital Pulau Pinang kerana dikatakan masih berada dalam keadaan trauma.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017. – UTUSAN ONLINE

Kategori