Pengenalan, Kenaikan Cukai Pacu Kos Sara Hidup – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa kadar kenaikan bagi Indeks Harga Pengeluar (PPI) semakin tinggi akibat pelbagai cukai-cukai baru, kenaikan cukai, kenaikan tarif dan caj yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan – terutama sejak kebelakangan ini.

PPI adalah mekanisme bagi pengeluaran tempatan mengukur purata perubahan harga yang dikenakan oleh pengeluar barangan.

Menurutnya, ia merupakan penunjuk ekonomi makro yang digunakan bagi memantau pergerakan harga output tempatan dan sering dilihat sebagai penunjuk awal kepada Indeks Harga Pengguna.

Ini membawa maksud kadar inflasi Malaysia dan kos sara hidup akan semakin tinggi tahun ini.

“Data ialah dari Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Ada siapa dari PH (Pakatan Harapan) yang mahu menafikan data rasmi kerajaan?” soalnya. – MalaysiaGazette

Loading...