Pengeluaran Minyak Sawit Dijangka Merosot Pada 2020

KUALA LUMPUR – Pengeluaran minyak sawit di Malaysia dijangka merosot pada 2020 daripada 20.5 juta tan yang direkodkan pada 2019, kata seorang pakar perladangan.

Thomas Mielke daripada ISTA Mielke GmbH berkata, pesaing utama seperti Indonesia juga akan mengalami kelembapan pertumbuhan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tan pada 2020 kepada 43.6 juta daripada 45.4 juta tahun ini.

“Penggunaan minyak sawit akan meningkat sebanyak 7.7 juta tan pada 2018/2019 dengan bekalan global dan baki permintaan dijangka mula mengetat menjelang 2019/2020 disebabkan tahap pengeluaran hanya akan mencecah sebanyak 78.2 juta tan manakala penggunaannya adalah sebanyak 80-81 juta tan,” katanya semasa pembentangan di Persidangan Minyak Sawit Indonesia ke-15.

Bloomberg melaporkan penyusutan pengeluaran serta permintaan yang lebih tinggi akan mendorong harga minyak sawit mentah untuk didagangkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM2,600 setan pada separuh pertama tahun depan.

Katanya, harga komoditi itu akan “jauh lebih baik” pada 2020.

Menurut Mielke lagi, salah satu pengguna minyak sawit yang terbesar di dunia, China, meningkatkan import minyak sawit, minyak soya, minyak bunga matahari termasuk minyak-minyak lain bagi mengimbangi pengeluaran domestik yang terjejas akibat pengurangan pemprosesan kacang soya.

Mielkesalah seorang penceramah yang dijemput dalam acara selama tiga hari yang bermula pada 30 Okt.

Lain-lain pakar kelapa sawit yang dipanggil Dr. James Fry daripada LMC International Ltd. dan Dorab Mistry daripada Godrej International Ltd.

Fry menjelaskan mandat biodiesel B30 oleh Indonesia serta pengeluaran yang lemah akan mengurangkan inventori dan ini akan melonjakkan harga pasaran menjelang Jun 2020.

“Jika B30 dilaksanakan sepenuhnya, harga minyak sawit mungkin naik ke tahap sehingga minyak soya serta minyak bunga matahari akan menjadi alternatif kepada minyak sawit dalam beberapa negara.”

Bertemakan “Industri Minyak Sawit: Pengurusan Pasaran, Meningkatkan Daya Saing”, IPOC ke-15 ini diadakan memandangkan harga komoditi berkenaan terus lemah malahan, imej sawit tercemar di peringkat global akibat pembasmian serta pembakaran hutan.

Loading...