Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Maut, Suami Parah...

GEORGETOWN - Seorang wanita warga emas maut selepas digilis treler di persimpangan lampu...

Momo Sudah ‘Mati’ Reput

TOKYO - Pencipta Momo, Keisuke Aiso memberi jaminan kepada kanak-kanak arca ngeri itu...

CEP Terima Baik Cadangan...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini menerima baik cadangan penggiat...

PKP Gesa PLUS Kaji...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang mengurus Lebuhraya Utara-Selatan digesa memperhalusi...

Pengeluaran Getah Asli Mac Susut

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli Malaysia pada Mac 2019 ialah 49,465 tan metrik, meningkat 6.6 peratus berbanding Mac 2018.

Perbandingan bulan ke bulan menunjukkan pengeluaran getah asli berkurangan sebanyak 16.2 peratus daripada 59,017 tan metrik pada Februari 2019.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, eksport getah asli Malaysia berjumlah 53,265 tan metrik, naik sebanyak 29.6 peratus berbanding 41,102 tan metrik pada Februari 2019.

China merupakan destinasi utama getah asli dieksport iaitu 43.2 peratus daripada jumlah eksport pada Mac 2019 diikuti Jerman (12.0%), Finland (7.8%), Amerika Syarikat (4.8%) dan Turki (4.0%).

Stok getah asli yang direkodkan pada akhir Mac 2019 menurun 6.0 peratus daripada 214,771 tan metrik pada Februari 2019 kepada 201,792 tan metrik.

Harga purata lateks pekat pada Mac 2019 ialah 474.19 sen sekilogram, naik sebanyak 15.5 peratus manakala harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M.20) turut meningkat 6.2 peratus kepada 592.62 sen sekilogram berbanding dengan harga purata pada Februari 2019.


Jumlah penggunaan getah asli di peringkat domestik pada Mac 2019 ialah 43,770 tan metrik, pertambahan sebanyak 9.1 peratus berbanding 40,121 tan metrik yang dilaporkan pada Februari 2019.

Getah asli banyak digunakan dalam industri pembuatan sarung tangan getah dengan penggunaan sebanyak 32,848 tan metrik atau 75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik.

Kategori