Pengawal Keselamatan Warga Asing Wajib Swab!

PUTRAJAYA – Semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan membuat saringan kesihatan swab koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan selepas pihaknya bermesyuarat hari ini dan arahan mewajibkan saringan itu akan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana syarikat-syarikat pengawal keselamatan berada di bawah kementerian tersebut.

“Keputusan itu juga diambil kerana mengambil kira faktor pengawal keselamatan ini yang terdedah atau mempunyai hubungan terlalu banyak dengan orang ramai. Tambah lagi jika yang menjaga pusat beli-belah atau pasar raya, mereka bertanggungjawab memeriksa suhu badan pengunjung atau pelanggan yang datang.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Orang yang masuk ke pusat beli-belah pula tidak didaftarkan dan sukar, untuk buat pengesanan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Dalam pada itu mengulas berhubung status sebuah pusat beli-belah di Cheras iaitu lokasi kluster baharu Covid-19, Ismail Sabri berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada untuk menutup operasi premis tersebut atau tidak.

“Sama ada tutup atau tidak kawasan itu, KKM akan beri pandangan dan nasihat mereka. Kalau perlu tutup, tindakan tutup akan diambil,” katanya.

Selain itu menurut beliau, KKM setakat ini sudah mengambil tindakan awal dengan mengasingkan pengawal keselamatan pusat beli-belah itu yang positif Covid-19.

“Mereka sudah dibawa ke hospital untuk diasingkan dan diberi rawatan malah kontak rapat mereka juga sudah menjalani ujian swab,” katanya. – Sinar Harian

Loading...