Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terengganu Pastikan Sistem Saliran...

KEMAMAN - Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah...

Pahang Rasai Kekurangan Tanpa...

'KEHILANGAN' beberapa pemain tonggak dalam kesebelasan utama ternyata memberi kesan buat Pahang untuk...

BNM Enggan Ulas Spekulasi...

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) enggan mengulas mengenai spekulasi sama ada...

Jangan Tunjuk Hebat Bila...

SERDANG - Pegawai-pegawai pengembang selaku barisan hadapan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...

Jaga Dipenjara, Miliki 2 Pisau Di Tempat Awam

KUALA LUMPUR – Gara-gara memiliki dua bilah pisau tanpa kebenaran sah di tempat awam, seorang pengawal keselamatan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Dr Gan Chee Keong menjatuhkan hukuman itu ke atas Zamri Zakaria, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 5 Nov lepas.

Lelaki itu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu dua bilah pisau masing-masing sepanjang kira-kira 20 sentimeter dan 17 sentimeter dengan tiada kebenaran sah di bawah tangga berhampiran Restoran Annexe aras bawah Central Market, Jalan Hang Kasturi di sini pada pukul 2.40 petang, 5 Nov lepas.

Bapa anak seorang itu dituduh mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal memohon hukuman setimpal selaras dengan peruntukan undang-undang supaya memberi pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira kepentingan awam.

Bagaimanapun , Zamri yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung keluarga.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu terlihat tertuduh sedang duduk di bawah tangga berhampiran sebuah restoran dalam keadaan mencurigakan.

Anggota polis telah mengarahkan tertuduh beredar namun tertuduh bertindak mengeluarkan dua bilah pisau dari beg silangnya lalu mengacunya ke arah anggota polis itu.

Berikutan itu, polis telah menahan tertuduh dan membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori