Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jakim Salur Lebih RM21.5...

MELAKA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan lebih RM21.5 juta untuk pembayaran...

3 Cedera, Kereta Rempuh...

KUALA LUMPUR - Gara-gara melanggar lampu merah di persimpangan berhampiran Giant di Jalan...

Budaya Keusahawanan Perlu Dipupuk...

KANGAR - Budaya keusahawanan hendaklah dipupuk dalam kalangan murid sejak awal lagi iaitu...

Gementar Tunggu Hari Bahagia,...

TEKA-TEKI mengenai tarikh pernikahan pelakon, Dynas Mokhtar akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan bakal...

Pengasuh Guna Objek Panas Disiplinkan Anak Majikan

SEORANG pengasuh ditahan selepas didakwa menyebabkan kesan lecur pada kanak-kanak asuhannya menggunakan iron kerinting rambut (hot curling iron) untuk mendisiplinkannya.

Pengasuh yang dikenali sebagai Nosipho Nxumalo dirakam kamera yang dipasang di dalam kediaman itu dilihat mengacukan objek panas itu terhadap Xander Persaud berusia dua tahun.

Ibu kepada Persaud iaitu Angela Persaud dari Long Island, New York, Amerika Syarikat berkata dia menyedari kesan lecur di bahagian kaki dan jari anaknya ketika hendak memandikannya, lapor WABC.

Tambah Angela lagi, dia menonton rakaman kamera itu menerusi Nanny Cam dan mendapati pengasuh berusia 21 tahun itu mengacukan objek tersebut pada kulit anaknya.

Pengasuh Guna Objek Panas Disiplinkan Anak Majikan

Pengasuh Guna Objek Panas Disiplinkan Anak Majikan

“Anda saksikan sendiri dia menyentuh objek tersebut untuk memastikannya panas sebelum mengacukan objek itu kepada Xander.

“Dan apabila Xander melompat akibat kesan panas objek itu, dia masih meneruskan perbuatan itu di bahagian kaki dan tangan Xander,” jelasnya.


Setelah menyaksikan video tersebut, Angela terus menghubungi pihak polis.

Nxumalo yang berasal dari Harlem kemudiannya ditahan dan mengaku dia kecewa dengan Xander dan cuba untuk mendisiplinkannya, lapor pihak berkuasa.

“Ia merupakan minggu yang panjang dan saya sangat letih. Kanak-kanak itu tidak mendengar kata jadi saya cuba mendisiplinkannya dengan mengacukan objek panas tersebut padanya,” jelas Nxumalo pada pihak berkuasa.

Suspek yang baru sahaja beberapa minggu bekerja dengan keluarga itu dikenakan dua pertuduhan iaitu memiliki senjata jenayah dan membahayakan kebajikan kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori