Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

8 Terbunuh, Serangan Di...

HANAU - Sekurang-kurang lapan orang terbunuh dalam dua kejadian tembakan di Hanau, kira-kira...

RM4 Juta Untuk Hapus...

PASIR PUTEH - Jabatan Pertanian memperuntukkan sebanyak RM4 juta mulai tahun ini bagi...

Sarjan Tentera Didakwa Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang tentera berpangkat Sarjan hari ini mengaku tidak bersalah di...

Ahmad Zahid Mahu Anggota...

GEORGE TOWN - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, lelaki terbabit ditahan susulan laporan dibuat seorang individu.

“Suspek hadir ke sebuah balai polis di ibu negara untuk memberi kerjasama dan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut kini masih dijalankan dan suspek masih dalam tahanan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Semalam, video berkenaan tular dengan memaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkatnya.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok yang kini sudah dinyahaktif.

Susulan itu polis bertindak mengesan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. – myMetro Online

Kategori