Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes SRC: Nasib Najib...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia, dan mungkin juga penduduk dunia, menanti dengan penuh...

Pemandu Myvi Lawan Arus...

JOHOR BAHRU - Polis menahan pemandu kereta Perodua Myvi yang dipercayai memandu melawan...

17 Penunjuk Perasaan Maut...

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh di Mesir kelmarin selepas pasukan keselamatan melepaskan...

Pemergian Jamaluddin Kehilangan Besar...

KUALA LANGAT - Pemergian Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis merupakan satu...

Pengasas Playboy Hilang Pendengaran Kerana Viagra

PENGASAS majalah Playboy, mendiang Hugh Hefner yang meninggal dunia semalam, dikatakan telah mengambil ubat perangsang seks, Viagra terlalu banyak hinggakan dia kehilangan pendengaran.

Perkara itu didedahkan oleh isterinya, Crystal.

“Dia cuba tidak mengambil Viagra lagi kerana ubat itu membuatkannya hilang pendengaran,” kata Crystal.

Bukan isterinya sahaja, malah kekasih Hugh iaitu Karissa Shannon juga mengakui perkara berkenaan.

“Dia kata dia lebih rela melakukan seks daripada mempunyai pendengaran. Dia terpaksa memakai alat bantuan pendengaran dan hanya sebelah telinga yang boleh mendengar.

“Anda terpaksa bercakap dekat dengan telinganya, baru dia akan memahami apa yang anda katakan,” kata Karissa.


Bagaimanapun ada pendapat yang menyatakan kemungkinan Hugh tidak boleh mendengar kerana usianya juga sudah memasuki angka 90-an. Hugh meninggal dunia semalam di rumah agam Playboy di Los Angeles pada usia 91 tahun.

Dia bakal dikebumikan di sebelah kubur Mariln Monroe. Hartanya yang bernilai RM180 juta akan dibahagikan kepada empat anaknya manakala isterinya, Crystal tidak akan mendapat satu sen pun.

Ia berikutan perjanjian pra perkahwinan antara mereka berdua yang menyatakan Crystal tidak akan memiliki harta Hugh. – MYNEWSHUB.CC

Kategori