Pengasas Dnars Skincare Maut Kemalangan Di Thailand

TUMPAT – Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare maut manakala suaminya cedera selepas kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Patani, Thailand hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengalami kecederaan.

Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian itu diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya.

“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk.

“Setengah jam selepas itu, dia maklum bahawa kakak sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kakaknya keluar dari rumah di Kampung Paloh pada pukul 8 pagi tadi bersama suaminya.

Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Patani, Thailand. – K! ONLINE

Loading...