Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Saudara Azmin Ali...

KUALA LUMPUR: Anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan...

‘Ayat-Ayat Cinta’ Tidak Sesuai...

PENYANYI Farawahida mengakui lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian asal Datuk Sri Rossa adalah sebuah...

Sistem Kuota Melayu, Bumiputera...

Sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar...

Lelaki Berbogel Tunggang Motosikal...

TELUK INTAN – Suasana tenang di Teluk Intan bertukar kecoh petang tadi apabila...

Pengarah Syarikat Didenda RM5K Kerana Lepas Asap Hitam

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat pembinaan hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melepaskan bahan pencemar daripada ekzos kenderaan melebihi standard yang dibenarkan, lima tahun lepas.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas Pengarah Syarikat Giga Engineering & Construction Sdn Bhd, Ab Raub Razali , 55, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Ab Raub, yang juga pemilik berdaftar lori didakwa telah melepaskan pencemar asap ke udara pada poin akhir pelepasan ekzos kenderaan itu dengan ketumpatan sebanyak 91.5 peratus melebihi daripada 50 peratus ketumpatan asap maksimum yang dibenarkan di bawah Peraturan 11 (1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 tanpa sebarang lesen daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Timur Barat, bawah MRR2 hala Petaling Jaya di sini pada 11.21 pagi, 22 Jan 2013 mengikut Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur, Dina Abdul Samad memohon hukuman setimpal mengambil kira asap hitam yang dikeluarkan melalui kenderaan boleh menyebabkan kualiti udara merosot.

“Pencemaran udara ini memberi kesan kepada kesihatan manusia yang boleh menyebabkan penyakit asma dan paru-paru selain menjejaskan ketidakseimbangan ekosistem tumbuhan,” katanya.

Bagaimanapun, Ab Raub yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum atas alasan dia tidak menerima surat kompaun daripada pemandu lori berkenaan iaitu Rosli Baharom, 54 tahun.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian sepasukan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan dan menahan sebuah kenderaan lori kecil milik OKS yang dipandu oleh Rosli.

Pasukan penguatkuasa kemudian menjalankan ujian pelepasan bahan pencemar daripada paip ekzos kenderaan itu dan mendapati kenderaan itu telah melepaskan pencemar asap ke udara pada poin akhir pelepasan ekzos kenderaan itu dengan ketumpatan sebanyak 91.5 peratus.

Pemeriksaan juga mendapati OKS tidak mempunyai sebarang lesen daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling bagi melepaskan bahan pencemar daripada ekzos kenderaan melebihi standard yang dibenarkan.

OKS melalui pemandu lori berkenaan telah ditawarkan kompaun berjumlah RM2,000 bagi kesalahan itu, namun kompaun berkenaan gagal dibayar. – BERNAMA

Kategori