Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Awie Beri Bayangan Bakal...

Melalui sebuah akhbar tempatan, Awie atau nama sebenarnya Azhar bin Othman memberi bayangan...

Kawasan Tadahan Gunung Pulai...

KULAI - Kes kencing tikus yang dilaporkan berlaku di kawasan Gunung Pulai baru-baru...

Kasih Ibu, Sanggup ‘Dermakan’...

SEORANG wanita berusia 43 tahun mendermakan rahimnya kepada anak perempuannya yang berusia 21...

Kementerian Pendidikan Rangka Peraturan...

KUALA NERANG - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama sedang...

Pengarah Jabatan MPKj Didakwa Guna Jawatan Bantu Adik

SHAH ALAM – Seorang ketua jabatan pihak berkuasa tempatan (PBT) berpangkat Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi adik perempuannya, lima tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Nizam Sahari, 54, yang juga Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pemberian kelulusan kebenaran projek pembangunan pada 2016 kepada adiknya itu, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Nizam didakwa menggunakan jawatannya sebagai Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj Gred J52 untuk mendapatkan suapan bagi syarikat Tetuan Permata Cerah Sdn Bhd (TPCSB) milik adik perempuannya berusia 50 tahun iaitu kelulusan permohonan kebenaran merancang cadangan sebuah blok bangunan perniagaan empat unit kedai membabitkan dua dan tiga tingkat di Lot 7330, Mukim Kajang, Hulu Langat.

Perkara itu dilakukan tertuduh dengan membentangkan kebenaran merancang projek pada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat MPKj dan mengeluarkan borang C (1) iaitu kebenaran merancang kepada TPCSB.

Kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu dilakukan tertuduh di Bilik Mesyuarat Cempaka Putih, MPKj pada 14 Mac 2016 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.


Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab Wahab menawarkan jaminan RM20,000 bersama seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM terdekat.

Tertuduh yang diwakili peguam Wan Muhd Ariff Ameer Wan Normazlan tidak membantah perkara itu. 

Rozilah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen ditetapkan 25 Februari ini. – BH Online

Kategori