Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serangan Sekolah Di Peshawar...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Syed Hassan Raza menyifatkan serangan...

10 Wanita Arab Saudi...

RIYADH - Sepuluh wanita pertama Arab Saudi menukar lesen antarabangsa untuk mendapatkan lesen...

Sektor Koperasi Di Perlis...

KANGAR - Sektor koperasi di Perlis yang sedang berkembang dengan baik ketika ini...

Swafoto Eksklusif PM Dengan...

PUTRAJAYA - Peluang mengambil swafoto bersama-sama Raja Salman Abdulaziz Al Saud semasa lawatan...

Semua Agama Di Sabah Diminta Jauhi Sikap Rasis

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta penganut semua agama di negeri ini menjauhi sikap rasisme dan ekstremisme bagi memastikan penyatuan mesyarakat pelgabai kaum dan agama di Sabah terus kukuh.

Beliau berkata sikap rasisme dan ekstremisme adalah faktor utama yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan di mana-mana negara yang mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Ini penting untuk kita untuk memastikan supaya penyatuan rakyat di negeri ini sentiasa utuh. Jadi penting bagi kita untuk pastikan supaya jangan ada ekstremisme dalam mana-mana agama tidak kira ianya Islam atau Kristian.

“Jangan ada di antara kita yang melalukan perkara yang kita katakan sebagai rasisme. Tidak kira kita adalah Cina, Kadazan, Dusun, Iban, Bajau atau apa sahaja bangsa kerana Sabah adalah negeri kita…oleh itu marilah kita bersama-sama membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Kepada Sekolah-Sekolah dan Badan-Badan Keagamaan Bukan Islam bagi kawasan Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Utara dan Pedalaman Atas dan Bawah di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah, si sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Datuk Christina Liew, serta Pengerusi Majlis Geraja-Geraja Sabah Datuk Bishop Melter Jaiki Tais dan Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Pengurusan Sekola Cina Jenis Kebangsaan Negeri Sabah, Ben Lim Kiat Kong.

Mengulas mengenai bantuan kewangan itu, Mohd Shafie berkata walaupun terdapat sedikit kekangan kewangan, namun kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini.

“Kita sedar bahawa amat penting untuk membantu sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini bagi memastikan mereka dapat memainkan peranan masing-masing mendidik dan menerapkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak sehingga ke peringkat akar umbi.


“Kita mahu anak-anak dan generasi akan datang dapat terus dididik mengenai penyatuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum untuk menjadikan negeri ini terus aman dan harmoni di masa akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta sekolah dan badan keagamaan bukan Islam dapat menfaatkan sebaik mungkin bantuan kewangan berkenaan.

Dalam Belanjawan Negeri 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, sebanyak RM34.64 juta telah diperuntukkan kepada 554 buah sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di seluruh Sabah.

Sementara itu, dalam majlis berasingan Mohd Shafie menyaksikan penyerahan balik pinjaman Lembaga Pemasaran Ikan Sabah (Safma) kepada kerajaan negeri sebanyak RM1.5 juta.

Penyarahan bayaran balik pinjaman itu disampaikan oleh Pengerusi Safma Datuk Ujang Sulani kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Pg Hassanel Pg Mohd Tahir yang.

Ujang berkata bayaran balik pinjaman itu adalah hasil keuntungan yang diperolehi oleh Safma pada tahun lepas dan bayaran RM1.5 juta itu kini menjadikan baki bayaran tinggal RM5.9 juta. – BERNAMA

Kategori