Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas Mercun,...

PASIR PUTEH - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubur merampas 1,210 kotak mercun...

Politik Wang: Masalah Dalaman,...

SHAH ALAM - "Politik wang ada satu kesalahan tetapi jika ia (dakwaan) berlaku...

Tokan Antara 9 Individu...

KUCHING - Seorang tokan dadah adalah antara sembilan individu yang ditahan dalam satu...

Pahang Antara Negeri Terawal...

KUANTAN - Pahang adalah antara negeri terawal yang menerima agama Islam berdasarkan kepada...

Penganut Hindu Perlu Mandi Setiap Hari: S. Subramaniam

SEBUAH slaid pembentangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyatakan bahawa penganut Hindu menganggap kotoran dan debu pada tubuh mereka sebagai sesuatu yang suci sebenarnya jauh bertentangan daripada ajaran sebenar agama tersebut, menurut presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam.

Kenyataan beliau ini menyokong tindakan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan mengkritik slaid pembentangan modul subjek Pengajian Tamadun Islam dan Asia (TITAS) yang memberi kenyataan salah mengenai agama Hindu dan Sikh.

Subramanian juga mengatakan bahawa kontroversi ini secara tidak langsung menjadi bukti bertulis tentang ‘kejahilan’ pihak yang ditugaskan untuk mendidik anak muda negara ini.

“Bahkan, kesemua kitab Hindu termasuk Veda (1500 S.M) telah menyatakan kepentingan untuk bangun tidur semasa hari masih subuh, MANDI, dan sembahyang sebelum meneruskan tugasan harian,” jelas Menteri Kesihatan Malaysia itu.

Beliau turut menambah bahawa kes ini sengaja diada-adakan bagi menggalakkan penyebaran maklumat palsu serta mitos tentang ajaran agama yang dianuti kaum minoriti di negara ini oleh beberapa individu tidak bernama yang disifatkannya sebagai “penghidap gangguan mental”.

Kata menteri itu lagi, fakta-fakta yang telah diputar-belitkan sudahpun memasuki buku-buku teks dan kertas peperiksaan di sekolah, dan kini giliran UTM pula ‘menyuap’ pelajarnya dengan maklumat yang salah

Beliau kemudiannya mengalihkan kritikannya terhadap modul TITAS itu sendiri, sambil mempersoalkan keberkesanan pelaksanaannya dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

“Ianya merupakan suatu percubaan yang bahaya untuk membanding-bandingkan antara dua budaya dan agama. Jika isu itu sesuatu yang merbahaya untuk dibincangkan di dalam persekitaran intelektual yang berfikiran terbuka, apatah lagi di negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia? Sebarang percubaan untuk berbuat demikian sepatutnya dilakukan dengan berhati-hati.”


“Melainkan mereka yang bertanggungjawab lakukan tindakan setelah menyedari kekhilafan mereka dan mengakui kecuaian mereka, nampaknya kita semua terpaksa hidup di dalam persekitaran di mana penyelewengan fakta akan berterusan berlaku dan akan menjadi perkara normal,” tambahnya lagi.

modul_hindu_utm
Antara kandungan kontroversi slaid berkenaan adalah kenyataan bahawa Islam mengajar masyarakat Hindu di India tentang pentingnya kebersihan tubuh badan dan penjagaan kesihatan.

Sebelum ini, paparan skrin dua slaid yang dipercayai modul pembelajaran di UTM bertajuk ‘Adab Sopan Kehidupan’ mengundang rasa marah dalam kalangan pengguna media sosial.

Antara kandungan kontroversi slaid berkenaan adalah kenyataan bahawa Islam mengajar masyarakat Hindu di India tentang pentingnya kebersihan tubuh badan dan penjagaan kesihatan.

Bagaimanapun, ia menyatakan sebahagian penganut Hindu menganggap kekotoran yang ada pada tubuh badan sebagai sebahagian daripada amalan yang boleh menyampaikan seseorang hamba ke alam nirvana.

Jelas P.Kamalanathan, beliau telah menghubungi pihak universiti tersebut dan Naib Canselor (NC) UTM mengakui berlaku kesilapan fakta dalam slaid pembentangan itu.-MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori