Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keyakinan Pengguna Kukuh Dalam...

KUALA LUMPUR - Keyakinan pengguna Malaysia pada suku kedua 2017 menunjukkan isyarat pengukuhan,...

Saintis Cipta Buah Pinggang...

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam...

Beban Menggunung, Guru Kini...

Guru merupakan pekerjaan yang mulia, kerana tugas guru adalah mengajar, mendidik, menyampaikan ilmu...

Pengguna Perlu Bijak Buat...

PENDANG - Pengguna perlu bijak membuat pilihan dan pembelian bagi mendapatkan barangan keperluan...

Isu Kuil: Diminta Akur Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR – Individu yang mendakwa pentadbir sah kuil Sri Maha Mahariamman di USJ 25, Subang Jaya, K Chelappa, merayu penganut Hindu di kawasan itu supaya mematuhi penghakiman persetujuan diputuskan sebelum ini yang menyaksikan pengurusan kuil terbabit bersetuju berpindah daripada tanah berkenaan.

“Marilah kita bersatu sebagai masyarakat Hindu yang berdisiplin dan biarkan kuil Sri Maha Mariamman dipindahkan tanpa sebarang halangan.

“Ia bagi membolehkan kita berkhidmat kepada penganut Hindu di tempat yang lebih baik dan selamat dengan lebih banyak kemudahan,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kuil terbabit dibina pada 1974, manakala pengurusan jawatankuasa kuil itu ditubuhkan dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1996.

Katanya, ketika itu, dia dilantik sebagai presiden, manakala M Nagaraju adalah setiausaha.

Chelappa berkata, kuil itu terletak di atas tanah milik syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) dan dia sebelum ini memperoleh injunksi untuk menghentikan kerja-kerja merobohkan oleh pemaju.

“Selepas beberapa tahun melalui proses perundangan, kami akhirnya bersetuju untuk berpindah demi kebaikan semua pihak.

“Keputusan itu dicapai selepas saya sebagai penjaga serta wakil kuil yang sah, bersetuju dengan terma yang dikemukakan dan ia turut dipersetujui oleh Nagaraju termasuk beberapa pihak lain.


“Ia juga adalah persetujuan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac 2014,” katanya.

Chelappa berkata, pemilik tanah turut bersetuju menyediakan lokasi alternatif di USJ 23 seluas kira-kira 0.4 hektar selain mendermakan RM2.5 juta bagi membantu kos pemindahan dan pembinaan kuil baharu.

Beliau berkata, sebuah kuil baharu dengan pelbagai kemudahan juga dibina pada 2017 di Putra Heights, USJ 23 dan ia sudah pun digunakan oleh masyarakat Hindu di kawasan terbabit.

“Marilah kita semua (penganut Hindu) menghormati keputusan tuhan secara aman untuk berpindah ke kawasan baharu.

“Kita juga perlu menghormati penghakiman mahkamah dan undang-undang. Apa yang perlu diberi perhatian bahawa tapak baharu di Putra Heights juga akan diwartakan sebagai tanah kuil,” katanya. – BH Online

Kategori