Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Abang Dodoikan Adik...

VISUAL ini dirakam oleh ibu kepada pasangan adik beradik ini. Pada mulanya, wanita...

Raja Saudi Arah Bayar...

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mengarahkan bayaran bulanan sebanyak...

Mohon Beri Subsidi Pengeluaran...

BAGAN SERAI - Kerajaan negeri Perak berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi bantuan subsidi...

Teresa Kok Kembali ‘Gurau...

TAK serik dengan kecaman diterima tahun lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kembali...

Pengantin Tinggal Pelamin, Peluk Bekas Kekasih

GARA-GARA rakaman video menunjukkan dia memeluk bekas kekasih pada majlis perkahwinan sendiri menjadi tular, seorang lelaki di Indonesia serta merta menjadi terkenal.

Nokies Febrianto, 20, melakukan adegan berani mati tersebut dengan spontan memeluk dan mencium mantan teman wanitanya, Novi yang ketika itu sedang menyanyi di hadapan ratusan tetamu.

Dalam kejadian dramatik pada Rabu minggu lalu, Nokies yang sedang bersanding bersama-sama dengan isterinya secara tiba-tiba turun dari pentas pelamin dan terus menuju ke arah Novi.

Pemuda tersebut kemudian mengambil pembesar suara dari tangan Novi dan memeluk erat bekas kekasihnya itu langsung tanpa perasaan bersalah.

Nokies bagaimanapun kemudiannya terhuyung-hayang sebelum dia jatuh pengsan selama 30 minit selepas memeluk wanita terbabit.

“Saya seperti terpukau dengan Novi ketika dia menyanyikan lagu ‘Balo Lipa‘, saya rasa sedih dan kesal tetapi saya tidak fikir apa-apa ketika saya turun dan memeluknya,” katanya dipetik Detik.com.

Mengulas mengenai dakwaan ramai yang mendakwa perkahwinannya retak selepas kejadian tersebut, Nokies bagaimanapun menafikannya.

“Isteri saya, Musriani tetap sempurna di mata saya. Saya akan tetap setia kepadanya,” kata Nokies.


Sementara itu, Musriani atau lebih mesra dipanggil Anhy pula berkata; “Saya lihat wajah Novi dan dia begitu cantik pada hari itu, wajahnya bersinar. Malah saya juga terpukau, apalagi suami saya.”

Difahamkan, sebelum ini Novi dan Nokies telah bercinta selama setahun tetapi ibu bapa Novi menghalang perhubungan terbabit.

Nokies pernah cuba meminang Novi namun ditolak keluarga wanita itu gara-gara ‘wang penaik’ atau hantaran yang diberikan tidak dipersetujui ibu bapa Novi.

Kecewa pinangan ditolak, Nokies berkahwin dengan isterinya kini, Anhy yang hanya baru dua bulan dikenalinya.

Novi berkata, dia datang pada hari perkahwinan Nokies kerana hubungan baik yang terjalin dengan keluarga Febrianto.

“Saya hormati ibu dan bapanya, mereka seperti ibu bapa saya sendiri, mereka sangat sayangkan saya tetapi nasib telah memutuskan sebalik dan saya menerimanya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori