Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Stok Bekalan Beras Negara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar...

Beberapa Pemimpin UMNO Dipantau,...

KUALA LUMPUR - "Enam atau tujuh" orang pemimpin UMNO sedang dipantau kerana cuba...

Malaysia, Indonesia Tangani MoU...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi...

Dr. Hilmi Bidas Dakwa...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya hari ini menafikan dakwaan...

Pengantin ‘Sempoi’ Guna Brokoli, Butang Baju Lego

INILAH pasangan pengantin paling sempoi di awal 2019.

Kebiasaannya pengantin tidak kira sama ada perempuan atau lelaki sudah pasti akan merancang dengan teliti sehingga terpaksa menghabiskan beribu ringgit hanya bagi memastikan hari paling bersejarah dalam hidup mereka menjadi yang terindah dan dikagumi oleh sanak saudara dan rakan.

Namun ada juga pasangan yang cuba mencari kelainan dengan menampilkan elemen yang tidak pernah terlintas di fikiran pengantin lain.

Bagi pasangan yang mula viral ini, kos bukanlah keutamaan sebaliknya hiasan ringkas sahaja yang mereka gunakan pada hari pernikahan.

Paling sempoi dan cool adalah hiasan sayur brokoli bagi menggantikan jambangan bunga tangan.


Hanya manik putih sahaja ditambah pada jambangan brokoli ini supaya ia nampak cantik dan elegan.

Manakala pengantin lelaki pula tidak kurangnya sempoi apabila menggunakan lego-lego yang comel untuk dijadikan butang baju melayu.

Apapun, keberanian mereka memang seharusnya mendapat pujian dan yang paling penting pedulikan apa orang nak cakap atau fikir janji majlis akad nikah berjalan dengan lancar. – Agensi

Kategori