Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

LTTE: 5 Lelaki Termasuk...

KUALA LUMPUR - Lima lelaki termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing...

Undi Pembangkang Hanya Rugikan...

KUCHING - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata...

Taufan Irma ‘Bantu’ 100...

FLORIDA - Lebih 100 banduan mengambil kesempatan terhadap bencana alam dengan meloloskan diri selepas...

Kaji Undang-Undang Berkaitan Bahan...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan kajian bagi mengemas kini...

Pengantin Lelaki Terus Acara Kahwin Lepas Ditembak

NEW DELHI – Seorang pengantin lelaki kembali meneruskan upacara perkahwinannya, di sini, beberapa jam selepas menjalani pembedahan akibat ditembak dua individu tidak dikenali.

Menurut polis, suspek dipercayai menari bersama tetamu lain dalam perarakan sempena majlis terbabit yang diadakan di sebatang jalan, ketika pengantin lelaki berusia 25 tahun itu menuju ke upacara berkenaan.

Polis berkata, dua penyerang itu kemudiannya menaiki kereta kuda yang menyertai perarakan lalu melepaskan tembakan rambang, sebelum melarikan diri akibat panik.

Tembakan itu terkena bahagian bahu pengantin lelaki dan beliau terus dibawa di hospital.

Sepasukan doktor berjaya menghentikan pendarahan tetapi gagal mengeluarkan peluru terbabit.


Kira-kira tiga jam selepas selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru, pengantin lelaki itu kemudiannya kembali ke lokasi upacara perkahwinan dalam keadaan berbalut.

“Peluru itu tersangkut di celah tulang bahu,” kata timbalan pesuruhjaya polis Delhi, Vijay Kumar kepada AFP.

Sementara itu, polis berusaha mengesan dua penembak itu, namun gagal. – AFP/BH ONLINE

Kategori