Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PAN Rapuh Prinsip Islam...

KUALA LUMPUR - PAN menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) yang menganggotai Pakatan Harapan...

Taktik Edar Dadah Guna...

IPOH - Taktik membungkus dadah dalam paket minuman segera untuk mengaburi mata pihak...

Mayat Anak Kapal Terjatuh...

KUANTAN - Mayat seorang anak kapal 'FMSUV FOS LEO' yang sebelum ini dikhuatiri...

Acara Tarian Naga LED...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, satu acara...

Pengantin Lelaki Ditahan Menipu Keluarga Pasangan

MACAM ni pun ada. Seorang pengantin perempuan telah menghubungi polis supaya menangkap suaminya selepas mendapat tahu sebahagian besar tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka merupakan orang asing yang diupah oleh suaminya.

Pengantin lelaki itu yang dikenali sebagai Wang telah mengupah 200 tetamu untuk menyamar sebagai saudara mara dan rakan-rakannya memandangkan keluarganya enggan merestui perkahwinan tersebut.

Ia menyebabkan isterinya, Liu yang kecewa dengan keadaan tersebut menghubungi polis bagi menahan suaminya pada majlis perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah hotel tiga bintang di Shaanxi, China.

Perkara itu terbongkar apabila Liu gagal mengesan kehadiran keluarga mertuanya dan apabila ditanya kepada suaminya, lelaki itu memaklumkan keluarganya dalam perjalanan ke majlis terbabit.

Kakak Liu kemudiannya bertanya kepada tetamu yang hadir dan mereka yang terdiri daripada pelakon, pelajar universiti dan pemandu teksi mengaku menerima bayaran untuk menyamar sebagai tetamu.


Wang yang ditahan polis mengaku mengupah orang luar disebabkan keluarganya tidak suka Liu kerana wanita itu bukan berasal dari bandar yang sama.

Pasangan berkenaan telah berdating selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. – MYNEWSHUB.CC

Kategori