Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Yuna Nafikan Khabar Angin...

MINGGU lalu heboh diperkatakan penyanyi wanita yang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna...

Parti Pembangkang Di Sabah...

KINABATANGAN - Parti pembangkang di Sabah berjuang dengan berpaksikan emosi dan bukannya untuk...

PAS Umum Bertanding 10...

KUALA LUMPUR - PAS Sarawak tidak menolak kemungkinan akan bertanding di 10 kerusi...

Ringgit Diniaga Lebih Tinggi...

Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, walaupun pasaran masih...

Penganjur Perlu Patuhi Undang-Undang Dan Peraturan Sedia Ada

GEORGE TOWN – Setiap penganjur tidak kira sama ada dalam kapasiti individu, badan sukan ataupun syarikat diminta agar mematuhi semua undang-undang dan peraturan sedia ada di negara ini untuk kebajikan dan keselamatan para peserta.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata kementerian sedang berusaha untuk mewartakan Peraturan Pembangunan Sukan (Perlesenan) 2018 agar ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera selaras pelaksanaan Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018.

Peraturan itu bakal memperkukuhkan lagi segala aspek penganjuran acara sukan di Malaysia. Dua perjumpaan telah dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan pemegang kepentingan baru-baru ini iaitu pada 22 Oktober dan 5 Disember 2018 bagi memperincikan Peraturan Pembangunan Sukan (Perlesenan) 2018 sebelum peraturan berkenaan diwartakan.

Draf peraturan itu sedang dikaji semula untuk merangkumi maklum balas daripada pemegang kepentingan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sim berkata demikian bagi mengulas berhubung insiden kemalangan membabitkan dua peserta “The 41st Round Penang Island Relay” pada pagi ini di Bayan Lepas.

Mengulas lanjut Sim berkata berhubung status permohonan kebenaran bagi acara tersebut, memandangkan penganjur acara tahunan itu ialah Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang, tiada keperluan bagi mereka sebagai badan sukan untuk meminta kelulusan daripada kementerian sebelum menganjur apa-apa acara sukan.

Namun, KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan mempunyai garis panduan berkaitan aspek-aspek penganjuran acara sukan kepada syarikat dan mana-mana organisasi yang berhasrat untuk menganjurkan acara sukan, katanya.


Sim yang juga Anggota Parlimen Bukit Mertajam itu berkata, beliau telah menghubungi pihak berkuasa hospital untuk memohon kerjasama sepenuhnya diberikan kepada mangsa serta keluarga mereka.

Selain itu, beliau juga sempat menghubungi keluarga mangsa untuk menawarkan sebarang jenis bantuan yang diperlukan.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, seorang peserta dan petugas acara berkenaan terlibat dalam satu kemalangan membabitkan seorang pemandu yang melanggar kedua-dua mangsa dari arah belakang di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran dengan Kilang Benchmark, di sini,

Kedua-dua mangsa masing-masing berumur 51 tahun dan 16 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala, manakala pelajar tersebut patah pada kedua-dua kakinya.

Difahamkan, mangsa yang merupakan marshall bagi acara itu sedang membonceng pelajar berkenaan yang merupakan peserta simpanan untuk menggantikan peserta yang tidak dapat meneruskan larian. – BERNAMA

Kategori