Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Neelofa Akhirnya Akui Pernah...

JIKA sebelum ini pengacara dan pelakon Neelofa banyak bermain teka-teki mengenai status hubungannya...

Tiga Penuntut Islam Ditembak...

TIGA penuntut  Universiti North Carolina di Chapel Hill, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas...

3 Remaja Jaga ATM...

HAIL - Tiga remaja belasan tahun bertindak mengawal sebuah mesin pengeluar wang automatik...

Video: “Anjing Pun Pandai...

AMALAN gaya hidup sihat seperti melakukan aktiviti senamrobik berkumpulan ternyata semakin menjadi popular...

Penganjur Pesta Arak Perlu Sensitif – Mufti Pahang

KUANTAN – Penganjur program pesta arak, Oktoberfest 2018, di ibu kota perlu lebih sensitif dengan kedudukan agama dan umat Islam di negara ini.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata larangan meminum arak ke atas umat Islam telah sedia maklum oleh penganut agama lain.

Beliau juga menyifatkan penganjuran pesta itu sebagai satu penghinaan kepada umat Islam terutamanya di Malaysia yang telah menyatakan agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan.

“Saya membantah penganjuran pesta arak ini. Mereka kata penganjuran di tempat tertutup, tetapi lokasi (Mid Valley Megamall) itu tempat umum dan menjadi tumpuan orang ramai setiap hari tanpa mengira agama.

“Orang bukan Islam hendak minum di rumah mereka atau premis peribadi mereka, itu terpulang… tiada halangan daripada kita selaku umat Islam,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Karnival Usahawan Asnaf Pahang 2018 di Dataran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, hari ini..

Abdul Rahman berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memberi lampu hijau penganjuran pesta itu jika penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi semua garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.

Abdul Rahman menambah hak orang Islam seharusnya dihormati sama seperti orang Islam yang hidup bertolak ansur dengan penganut agama lain selama ini.

“Kita tidak mahu wujud rasa tidak wajar atau pertelingkahan yang boleh merosakkan keharmonian dan hormat menghormati di antara satu sama lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori