Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hanya Kambing Australia Untuk...

SINGAPURA - Dalam satu perubahan ketara bagi ibadah korban tahun ini, hanya kambing...

Usul Ta’awun Siyasi PAS-UMNO...

KUANTAN - Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul berkaitan ta'awun siyasi (kerjasama...

Mayat Wanita Ditemui Selepas...

SHANDONG - "Mayat reput seorang wanita pertengahan umur ditemui selepas sebulan terperangkap dalam...

Ancaman Daesh Sempena Hari...

KUMPULAN militan Daesh mula 'mengganas' di negara ini dengan membuat kemunculan pada hari-hari...

Penganggur Warga India Dipenjara Cabul Pelajar

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur warganegara India dipenjara empat bulan dan satu sebatan kerana mencabul seorang penuntut sebuah institusi pengajian swasta, bulan lepas.

Majistret Siti Radziah Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Kanwanjit Singh, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 22 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya di kawasan menunggu di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan di sini pada 5 petang, 18 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun tertuduh, yang tidak diwakili peguam merayu, dikenakan hukuman sebat sahaja.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah terlanggar tangan tertuduh ketika menuju ke stesen LRT itu lalu meminta maaf dan terus meninggalkan tertuduh untuk menunggu giliran masuk ke dalam tren.


Namun, mangsa terasa ada tangan yang memegang punggungnya dan apabila dia menoleh ke belakang, mangsa mendapati tertuduh yang melakukan perbuatan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori