Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

19 Remaja Rentung Pusat...

BANDAR GUATEMALA - Sekurang-kurangnya 19 remaja perempuan rentung dalam kebakaran di pusat perlindungan...

Pakatan Harapan Burukkan Reputasi...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan sedang giat menyebarkan fitnah kepada negara-negara luar kononnya...

Ritual Ayam Belanda Berarak...

VIDEO sekumpulan ayam belanda mengelilingi bangkai seekor kucing tular menerusi laman mikro Twitter....

Tak Siapkan KLIA2 Ikut...

Syarikat yang sebelum ini gagal melengkapkan projek KLIA2 dalam tempoh yang ditetapkan, Bina...

Langgar Lari Taman Equine: Penganggur Didakwa Bunuh

PETALING JAYA – Seorang penganggur yang dipercayai terbabit dengan kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Wilsonrensa Dudom, 22, memandangkan kes tersebut bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh pekerja restoran, Wong Sow Lin, 57 di hadapan sebuah restoran, Jalan Equine 9B, Seri Kembangan dekat sini kira-kira pukul 8.20 malam, 18 November lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 18 November lalu, seorang wanita maut dan empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di sebuah restoran, di Taman Equine, Seri Kembangan. – UTUSAN ONLINE

Kategori