Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Boleh Dengan PAS,...

KALAU UMNO BOLEH DENGAN PAS, KENAPA MIC TIDAK BOLEH DENGAN PPBM?Itu kenyataan Presiden...

Prasarana Sedia Bas Atasi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Prasarana menyediakan perkhidmatan bas pengantara dari KL Sentral ke...

Perak Cadang Kawasan NCER...

LUMUT - Perak mahu Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperluaskan kawasan Wilayah...

Mahkamah The Hague Putuskan...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda, hari ini akan membuat keputusan...

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu

BALIK PULAU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya, yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis, bulan lepas.

Mohammad Firdaus Ismail, 29, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah Mat Hashim, 63, di kediaman mereka di Jalan Bharu di sini antara pukul 6.30 pagi hingga 8.00 malam, 19 Sept lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh yang memakai baju t berwarna merah jambu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Sepanjang berada dikandang tertuduh, Mohammad Firdaus dilihat tenang dan sesekali dilihat ketawa ketika berbual dengan tertuduh lain yang turut dihadapkan di mahkamah itu.

Tertuduh yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pemetik epal di Australia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid memaklumkan akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi manakala peguam Edmund Antony Hermand memohon kebenaran kepada mahkamah untuk membawa Mohammad Firdaus ke hospital bagi membuat pemeriksaan berikutan terdapat sedikit pendarahan pada mata kiri tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Media pada 24 Sept lepas melaporkan berita mengenai penemuan mayat seorang wanita oleh menantu lelakinya sekitar pukul 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah. – BERNAMA

Kategori