Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengawal Peribadi Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengawal peribadi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah...

Wanita `Ahli Sihir’ Rawat...

NGERI….seorang wanita yang dianggap sebagai `ahli sihir’ didakwa mampu menyembuhkan penyakit hanya dengan...

Dedahkan Bidang Perakaunan Kepada...

SHAH ALAM - Kerajaan menyarankan lebih banyak pendedahan diberikan kepada penuntut Bumiputera dalam...

Sindiket Samun Geng Gagak...

KUALA LUMPUR – Polis berjaya melumpuhkan sindiket geng “gagak hitam” yang aktif melakukan...

Penganalisis Ramal BN Menang PRU14

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia akan mengundi Rabu ini dengan pelbagai petanda menunjukkan Barisan Nasional (BN) akan kembali berkuasa, walaupuan dikatakan mendapat tentangan paling hebat dalam sejarah kewujudannya.

Tokoh yang menerajui perjuangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), yang disifatkan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’, tidak lain dan tidak bukan ialah Perdana Menteri dan Pengerusi parti gabungan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berusaha dengan sepenuh upaya bagi menjamin BN mencapai kemenangan cemerlang.

Pemerhati politik dan pelbagai kaji selidik membayangkan dapatan mereka ke arah kemenangan BN selepas 11 hari berkempen, dengan rekod 2,333 calon bertanding bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang dipertandingkan. Pada hari penamaan calon, BN menang tanpa pertandingan kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan.

Najib, 64, turun ke gelanggang bagi mendapatkan mandat daripada 14.9 juta pemilih berdaftar, yang layak mengundi pada PRU14 bagi meneruskan rancangan dan strateginya yang disusun rapi untuk menambah baik kehidupan dan kesejahteraan rakyat, di samping mengemudi Malaysia ke arah kemajuan lebih gemilang.

BN, yang diterajui UMNO, bergantung pada rekod pencapaian cemerlangnya di bawah kepimpinan Najib sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara pada 2009 sebagai perdana menteri Malaysia keenam.

Berbekalkan kad laporan membanggakan tentang apa yang dilaksanakan kerajaan pimpinan beliau untuk negara ini seperti kejayaan BN memenuhi lebih 99 peratus janjinya dalam manifesto PRU13, Najib mempunyai cukup sebab untuk berasa yakin bahawa BN akan terus berkuasa di Putrajaya melalui kemenangannya pada PRU14.

BN juga mempersembahkan manifesto yang dirangka dengan cukup teliti dan menyeluruh bagi menghadapi PRU14, yang disifatkan para ahli ekonomi sebagai berpandangan jauh dan realistik serta akan membawa banyak manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dan negara ini.

Najib, yang mengemukakan bukti kukuh tentang betapa wajarnya kerajaan BN terus mentadbir Malaysia, juga mengaitkan keyakinan beliau bahawa BN akan mencapai kejayaan besar kali ini dengan apa yang beliau sifatkan sebagai ‘sokongan luar biasa’ daripada rakyat dari seluruh negara.

Beliau menangkis dakwaan bahawa majlis anjuran BN tidak mendapat sambutan baik dengan menyiarkan melalui platform media sosial gambar ribuan penyokong BN yang membanjirinya hingga mewujudkan pemandangan umpama laut berwarna biru pekat.

Ahli sains politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian meramalkan BN akan terus mencapai kemenangan seperti pada 2013, dengan gabungan 13 anggota komponen itu mengekalkan status quo bagi kerusi Parlimen.

“Dengan wujudnya ‘simpanan tetap’ di Sabah dan Sarawak, keputusan PRU14 akan hampir sama dengan sebelum ini,” katanya. BN menguasai 132 daripada 222 kerusi apabila Parlimen dibubarkan pada 7 April.


Bagi kerusi DUN, Sivamurugan berkata BN perlu bekerja lebih keras sepanjang tempoh berkempen yang masih berbaki sebelum berlangsungnya pilihan raya umum pada 9 Mei bagi mendapatkan keputusan membanggakan, terutama di negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Johor dan Perak juga merupakan negeri yang menarik untuk diperhatikan memandangkan banyak personaliti politik terlibat dalam pertandingan di sana,” katanya kepada Bernama.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Jeniri Amir juga yakin BN akan mencapai kemenangan pada PRU14, walaupun menghadapi cabaran sengit daripada pakatan pembangkang yang diketuai DAP, yang menurut banyak pihak menggunakan fitnah dan fakta separuh benar bagi meraih sokongan rakyat.

Beliau berkata BN mampu mencapai keputusan positif berkat kecekapan jentera pilihan rayanya dan apa yang lebih penting adalah rekod penyampaiannya yang terbukti berkesan, di samping manifesto pilihan rayanya yang lebih meyakinkan berbanding manifesto pembangkang.

“Sebahagian besar pengundi luar bandar juga lebih sukakan BN,” katanya sambil menjelaskan bahawa negeri ‘simpanan tetap’ seperti Sarawak juga akan terbukti memberi kelebihan kepada BN.

Kaji selidik Merdeka Center juga menunjukkan BN akan kembali berkuasa selepas PRU14 setelah parti gabungan itu mengemudi Malaysia dengan jayanya sejak empat dekad lepas.

Kaji selidik oleh Kajidata Research tentang persepsi semasa rakyat terhadap gabungan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan juga menunjukkan BN akan mencapai kemenangan pada PRU14.

Penasihat Kajidata, Prof. Syed Arabi Idid Syed Arabi, bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menjangka BN akan terus memerintah negara ini dengan mendapat majoriti mudah, sama seperti yang diperoleh kebanyakan parti memerintah di seluruh dunia sekarang. – BERNAMA

Kategori