Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho...

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila...

Statut Rome: Malaysia Kekal...

PUTRAJAYA – Wisma Putra akan meminta Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di...

Mahathir Pertahan Hak Kebebasan...

NEW YORK - Dituduh seorang yang anti-Semitik, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Monyet Suka Curi Coli,...

IPOH - Sekumpulan monyet bukan sahaja merosakkan tanaman dan curi makanan, malahan melarikan...

Pengalaman Di Ingatan Tokoh Anugerah Maulidur Rasul

KUANTAN – Pengalaman bot hampir karam selepas pulang dari menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Hulu Tembeling, Jerantut dekat sini 22 tahun lalu, antara memori yang kekal di fikiran Datuk Rahimah Muhammad Kawi.

Rahimah, 80, yang merupakan antara wanita terawal bergelar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pahang berkata semasa itu, beliau nekad untuk keluar dari Kampung Bantal meskipun hari semakin gelap dan jam sudah 6 petang.

Katanya, ramai yang meminta beliau untuk bermalam namun beliau menolak kerana memikirkan perlu menghadiri program lain pada awal pagi, sedangkan perjalanan untuk ke jeti Taman Negara mengambil masa kira-kira enam jam dengan menaiki bot.

“Tiba-tiba bot kami dilanda arus kuat dan hampir karam…keadaan begitu cemas dan empat lelaki yang ada bersama, segera terjun ke sungai untuk memegang bot supaya tidak dibawa arus atau terbalik.

“Kami di atas bot pula segera mencapai apa sahaja yang ada untuk menimba air. Waktu itu, memang saya ingat sudah ajal di tengah sungai. Mujur tidak lama kemudian kaum lelaki berjaya menolak bot ke atas batu,” katanya.

Rahimah berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Pahang yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Beliau yang menerima anugerah itu sebagai penghargaan kepadanya yang banyak menganjurkan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di sekitar Jerantut dan Lipis, menerima trofi, wang tunai serta sijil.

Rahimah menambah beliau tidak pernah mengimpikan akan menerima anugerah itu, kerana apa yang dilakukannya dahulu adalah untuk kebaikan orang ramai selain memberi kepuasan kepada dirinya.

“Saya seronok melihat orang bertambah maju dan bijak. Pelbagai cara dilakukan seperti mengajar membaca di kelas dewasa selain kelas agama untuk saudara baharu Orang Asli di sekitar daerah Jerantut.

“Jika ada yang susah, kita beri bantuan seikhlas hati. Jika ada anak orang kampung dapat peluang mengaji (belajar) tinggi, kita usahakan dapat biasiswa Yayasan Pahang.


“Bila mereka ucap terima kasih, kita sudah seronok dan tambah gembira, bila berjumpa semula, ada yang masih ingat saya walaupun sudah tua dan mereka telah menjadi orang berjaya,” katanya.

Selain aktif dalam politik, Rahimah juga melibatkan diri dalam pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita cawangan Kuala Lipis.

Sementara itu, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya umat Islam di negeri ini terus berusaha memelihara dan mengukuhkan perpaduan sesama umat.

Titah baginda, usaha itu bukan hanya terletak di bahu pemerintah namun perlu dilaksanakan secara menyeluruh oleh NGO dan juga setiap individu bagi melahirkan umat Islam yang kuat dan dihormati.

“Pada masa sama, keunikan Malaysia yang dilambangkan dengan keharmonian kaum perlu dihargai dan jangan kita mensia-siakan keamanan dan kedamaian yang wujud di negeri ini.

“Sama-samalah kita bersatu dalam menjaga negara daripada diceroboh oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan,” titah baginda dalam ucapan yang dibacakan Adnan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • adun

Kategori