Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pekebun Kecil Sawit Bantah...

KUALA LUMPUR – Perhimpunan aman oleh pekebun kecil sawit hari ini bagi membantah...

Salam Netanyahu Jadi Isu,...

KUALA LUMPUR - Hanya kerana berjabat tangan secara tidak formal dengan Perdana Menteri...

Amfetamin, Bahaya Dan Natijah...

KEMALANGAN maut yang disebabkan oleh seorang pemandu wanita yang memandu dalam keadaan jalan...

Covid-19: 3,934 Kes Baru,...

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 3,934 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti...

Penetapan Harga Petrol, Diesel Diumum Setiap Rabu

KUALA LUMPUR – Penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman pertama kali untuk pelaksanaan mekanisme itu ialah pada 29 Mac ini dan harga tersebut berkuat kuasa 30 Mac.

“Bagaimanapun, bagi mana-mana syarikat dan pengusaha stesen minyak yang ingin melakukan promosi dengan memberikan diskaun daripada harga yang telah ditetapkan, boleh berbuat demikian dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada KPDNKK,” katanya.

Hamzah berkata demikian menerusi siaran langsung berkenaan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan di TV1 RTM hari ini.

Beliau menegaskan semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak perlu mematuhi penetapan harga baharu itu.

“Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga selain daripada harga yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu bermula Disember 2014.


“Formula APM ini kita gunakan mengikut kadar pasaran minyak dunia. Apabila kita menggunakan pengapungan terkawal secara bulanan ini, kita dapati perubahan atau kadar turun naik harga ini begitu ketara menyebabkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak,” katanya.

Bagi menambah baik mekanisme berkenaan, Hamzah berkata KPDNKK mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak, pengusaha stesen minyak, badan-badan bukan kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan lain.

“Hasil daripada perbincangan tersebut, ia kemudiannya dibentangkan kepada jemaah menteri dan dipersetujui pada 22 Februari lepas untuk KPDNKK melakukan mekanisme pengurusan pengapungan harga terkawal petrol dan diesel dibuat secara mingguan.

“Ini bermakna, sebarang perubahan harga MOPS (Means of Platts Singapore) dan kadar tukaran asing dapat diterjemahkan lebih tepat mengikut perkiraan pasaran global,” katanya. – BERNAMA

Kategori