Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Coutinho Bakal Turun Padang...

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp mengesahkan pemain kontroversinya, Philippe Coutinho akan memperkuat pasukan buat...

Bilangan Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 506 orang daripada 145...

Pengundi Ibaratkan Ramai Calon,...

PORT DICKSON - Walaupun tujuh calon bertanding pada satu pilihan raya bukannya sesuatu...

PN, BN Sengit Di...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Chin Yoke...

Penerima BR1M Disaran Buka Akaun Bank

TAWAU – Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di daerah ini disaran membuka akaun bank bagi memudahkan penyaluran bantuan itu pada masa depan.

Pembantu Menteri Kebudayaan, Alam Sekitar dan Pelancongan Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata langkah itu bagi memudahkan penerima, terutamanya golongan warga emas, agar tidak perlu menunggu dan beratur panjang untuk mendapatkan BR1M.

“Kerana tiada akaun bank ada penerima beratur panjang,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan BR1M bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini hari ini.

Sementara itu, Penyelaras Pengagihan BR1M bagi penerima tiada akaun bank, Isnin Mohd Said berkata Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerima 5,200 baucar BR1M yang tidak mempunyai akaun bank.

“Fasa pertama hari ini, seramai 1,500 menerima BR1M di perkarangan MPT,” katanya.


MPT bersama pejabat Pejabat DUN Balung, Apas, Sri Tanjong, Merotai, Tanjong Batu serta Sebatik berganding bahu mengagihkan BR1M kepada penerima. – BERNAMA

Kategori