Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Trafik Lancar Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar dan...

Hanya 22% Pencarum KWSP...

PETALING JAYA - Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang...

11 Individu Ditahan Bantu...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembakan...

Dua Suspek Geng Curi...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai anggota geng curi motosikal...

Penerima BPR Terima Bayaran Mulai Hari Ini

KUALA LUMPUR – Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula hari ini.

Pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.

Pembayaran itu akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan, membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

Bagi Fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh hingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR pula hingga RM2,300, termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai hingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah serta bilangan anak.

Pembayaran Fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diperoleh penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk soalan lazim (FAQ) dalam portal rasmi BPR, iaitu https://bpr.hasil.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut. – Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori