Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

8.1 Juta Akan Terima...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin...

Jaga Kepentingan Golongan Kurang...

KUALA LUMPUR - Semakan Bajet 2016 yang perlu dilaksanakan kerajaan untuk menyerap kesan...

NSBA Rayu Pemimpin Berkompromi...

SEREMBAN - Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul...

IPG Kampus Bahasa Melayu...

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu dinaik taraf sebagai...

Penerbit Filem “BABI” Didakwa Di Mahkamah Majistret

PETALING JAYA – Seorang penerbit filem kontroversi bertajuk “BABI” didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem itu dan mempamer poster tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), November tahun lalu.

Tertuduh, Toh Han Boon, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Han Boon didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti pengeluaran filem “BABl” dan mempamerkan poster filem itu tanpa lesen sah daripada Finas di Mutiara Damansara di sini, jam 6 petang, pada 18 November 2020.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 22 (1) Akta Finas 1981 (Akta 244- pindaan 2013) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam, Haijan Omar membantah syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan kerana menyifatkannya sebagai tidak munasabah.


“Saya juga memohon supaya mahkamah memberikan ikat jamin pada kadar rendah memandangkan pandemik COVID-19 ketika ini menyebabkan pendapatan anak guam saya terjejas,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Filem “BABI” yang ditayangkan di Taiwan pada 20 November berkisarkan kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada 2000.

Filem terbabit turut tercalon dalam empat festival filem antarabangsa iaitu Open World Toronto Film Festival, Around International Film Festival Berlin, International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival. – BH Online

Kategori