Penerbangan Ke Sabah, Sarawak Untuk Kumpulan Selesai Kuarantin

KUALA LUMPUR – Penerbangan domestik hanya dibenarkan ke Sabah dan Sarawak seminggu sekali bagi membawa pulang kumpulan yang sudah selesai menjalani kuarantin kembali ke negeri berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, hanya Malaysia Airlines (MAS) dibenarkan beroperasi turut dibenarkan membawa penumpang yang selesai menjalani kuarantin bagi penerbangan yang transit di Kuala Lumpur untuk penerbangan sambungan ke Sabah dan Sarawak.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, memandangkan penerbangan hanya seminggu sekali maka Kementerian Pengangkutan turut menyediakan penginapan untuk mereka yang sudah keluar dari kuarantin untuk menginap sementara di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum penerbangan.

“Sebab itu, Kementerian Pengangkutan berpandangan selepas berbincang dengan kita untuk membenarkan penerbangan ke Sabah dan Sarawak kerana kita tidak boleh biarkan mereka yang sudah selesai kuarantin untuk tunggu sehingga 1 Mei,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau juga menjelaskan kerajaan sedang meneliti untuk membenarkan penerbangan dua kali seminggu jika ramai yang sudah selesai kuarantin. – BH Online

Loading...