Penerbangan Ditunda Gara-Gara Serangan Lebah

PENERBANGAN pesawat Mango Airlines di Durban, Afrika Selatan terpaksa ditunda gara-gara ratusan lebah masuk ke dalam enjin pesawat.

Pakar dipanggil untuk menggeluarkan kira-kira 20,000 lebah dari enjin pesawat berkenaan.

Pihak berkuasa menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang jarang-jarang berlaku.

Lebah-lebah tersebut ‘menyerang’ dan memenuhi enjin pesawat dalam tempoh 25 minit.

Susulan itu, tiga penerbangan turut ditunda di Lapangan Terbang Antarabangsa King Shaka, Durban.

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini dalam lapan tahun saya di industri penerbangan,” ujar Jurucakap Mango Airlines, Sergio dos Santos kepada News24. – mStar Online