Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Studio Animasi Dibakar, 33...

TOKYO – Sekurang-kurangnya 33 orang mati dan berpuluh-puluh cedera selepas seorang lelaki bertindak...

Singapura Naik Had Guna...

SINGAPURA - Pemerintah Singapura bakal menaikkan had penggunaan duit syiling tempatan sehingga 1,850...

Persembahan Singa Sarkas Bawa...

KAHERAH - Seorang pelatih sarkas di Mesir maut selepas diserang singa jagaannya sendiri...

Polis Brazil Bantah Pembaharuan...

RIO DE JANEIRO - Anggota polis Brazil berhimpun di hadapan bangunan Kongres kerana...

Penempatan Pasukan ATM Di Arab Saudi Dinilai Semula

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Arab Saudi bagi tujuan siap siaga untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata Malaysia sama sekali tidak pernah terlibat dalam operasi menyerang Yaman, yang merupakan sebuah negara Islam.

Beliau berkata kehadiran ATM di negara berkenaan secara tidak langsung menyebabkan Malaysia terperangkap dengan konflik di Timur Tengah.

“Sejak dari awal, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa-kuasa besar dunia.

Malahan kerajaan Malaysia terlibat secara aktif dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan pernah mempengerusikannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad berkata kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung perkara berkenaan selepas penilaian semula selesai dijalankan. – BERNAMA

Kategori