Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Rambut Oren Pukul...

KUALA LUMPUR - Lelaki yang bertindak memukul seorang pengawal keselamatan kondominium di Setapak...

Isu Fitnah: Mahkamah Tolak...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri...

2 Pasangan Pengantin ‘Banjir’...

MELAKA - Meskipun masih lagi bersedih ekoran banjir menimpa rumah mereka semalam, keceriaan...

Penangkapan Ikan Tuna Mampu...

MELAKA - Penangkapan ikan tuna di perairan negara dan juga Lautan Hindi mampu...

Penduduk Lembah Klang Siap Sedia Gangguan Air Esok

KUALA LUMPUR – Tinggal kurang 24 jam, 577 kawasan di Lembah Klang bakal mengalami gangguan bekalan air sementara dari 24 hingga 27 April disebabkan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).

Gangguan air itu melibatkan enam wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula esok dan melibatkan 620,835 pemilik akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Biarpun gangguan itu bukan sesatu yang baharu, ia tetap meresahkan pengguna di kawasan terjejas dan ‘memaksa’ mereka membuat persediaan awal seperti membeli tong air, air mineral sebagai bekalan air minum serta mula menadah air sejak Ahad lepas.

Bagi seorang pengamal media, Zubaidah Mat Isa, 34, beliau menyediakan satu tong besar di samping dua baldi besar sebagai persediaan untuk menyimpan air sepanjang tempoh gangguan bekalan air bermula esok.

“Bermula Sabtu lalu, saya dah mula tadah air dan beli air mineral bersaiz besar untuk dihantar ke rumah pengasuh anak memandangkan rumahnya juga turut mengalami masalah bekalan air,” katanya kepada pemberita.

Ibu kepada dua orang anak yang menetap di Setia Alam itu menambah, beliau terpaksa mengambil beberapa pendekatan lain seandainya bekalan air yang disimpan tidak mencukupi dan lori tangki air tidak tiba seperti yang dijadualkan.


“Memang sangat merisaukan jika air tadahan yang disimpan tidak cukup sebab tempoh gangguan air dikatakan mencapai sehingga 14 jam memandangkan saya serta jiran lain, ramai yang ada anak kecil. Kalau terdesak, saya akan pulang ke kampung di Subang,” katanya.

Nafisah Ahmad, 59, seorang kontraktor ubah suai rumah pula menjelaskan, beliau akan mula menadah air bermula hari ini bagi memastikan kerja-kerja baik pulih yang giat dijalankan di sebuah unit di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta berjalan lancar.

“Saya akan bawa sendiri tiga tong besar untuk tadah air dan berharap ia mencukupi sepanjang kerja-kerja baik pulih dijalankan. Jika tidak, mungkin empat pekerja saya terpaksa mencari air alternatif,” katanya.

Kategori