Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lahir 100,000 Graduan TVET...

PUTRAJAYA: Seramai 100,000 pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Bumiputera akan...

JPNK Nasihat Orang Asli...

KOTA BHARU - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menasihatkan masyarakat Orang Asli supaya...

Polis Berjaya Tahan Suspek...

SEPANG - Polis berjaya menahan empat suspek kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian...

Madonna Berjaya Halang Lelong...

NEW YORK - Madonna, 58, berjaya mendapatkan perintah hakim untuk menghentikan lelongan 22...

Pendedahan Video: Imej PH Semakin Tercalar

KUALA LUMPUR – Imej Pakatan Harapan (PH) semakin tercalar berikutan satu video temuramah dipercayai membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy di Belanda tersebar di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman video yang belum diketahui kesahihannya itu, Waytha Moorthy didakwa menyebut Malaysia sebuah negara yang mendiskriminasi penganut Hindu termasuk memaksa kaum India memeluk agama Islam.

Maklumat yang tersebar di media sosial mendakwa Waytha Moorthy membuat kenyataan itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam usaha menjemput sokongan negara asing menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dilantik sebagai Menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad atas jasanya membantu PH menumbangkan kerajaan BN selepas PRU14 berlalu pada 9 Mei lalu.

Rakaman video yang terdedah itu menyebabkan beberapa Ikon PH cuba mengambil langkah proaktif bagi ‘mengawal kerosakan’ (damage control) yang berlaku keatas imej gabungan empat parti tersebut.

Penyokong kuat Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan semalam meminta jawatan Waytha Moorthy sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial dilucut serta merta.

“Presiden Hindraf harus dilucut jawatan serta merta sekiranya itu kenyataan serta suara tulen beliau. Waytha Moorthy telah secara sengaja mengkhianti negara,” kata Khairuddin yang dilihat cuba menjarakkan kerajaan PH daripada rakaman video tersebut.


Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut membuat kenyataan berhubung rakaman video itu dengan bahasa Inggeris ‘A big liar with an absolute treason to the country’ (Pembohong besar dengan pengkhianatan mutlak ke negara ini).

Waytha Moorthy sebelum ini mengumumkan kerajaan PH dalam usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

ICERD dibantah ramai pihak khususnya pemimpin serta penyokong UMNO dan PAS kerana dikhuatiri bakal menjejaskan hak orang Melayu dan Bumiputera serta agama Islam di Malaysia.

Sebahagian pemimpin PH termasuk beragama Islam menyokong ICERD atas nama hak asasi dan demokrasi. – MYNEWSHUB.TV

Kategori