Pendedahan Latheefa: Wajar Peguam Negara Beri Pandangan?

SEMUA sudah. Peguam kanan, kiri, tengah sudah memberi ulasan masing-masing.

Cuma yang belum setakat ini, Peguam Negara (AG).

Isunya pendedahan rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Razak beberapa tahun lalu.

Yang nyata, ramai peguam tidak bersetuju pendekatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Macam-macam hujah diberikan yang pokok pangkalnya berpaksikan ‘Rule of Law’.

Tapi biasalah ada juga berasa sebaliknya termasuk seorang peguam yang bekerja dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau bersetuju dengan sidang akhbar Latheefah Koya itu dan NGO Patriot pun tidak terkecuali menyokong sama.

Betul, masing-masing ada hak bersuara, cuma nak banding Patriot dengan Majlis Peguam tentunya ‘weight’ itu tidak sama.

Maka soal betul atau tidak tindakan Latheefah itu akan terus terbuka untuk didebatkan.

Justeru elok AG selaku Pendakwa Raya dan Penasihat Undang-undang no.1 kepada kerajaan tampil memberi pandangan berasaskan prinsip perundangan dalam isu tersebut.

Boleh atau tidak mana-mana agensi penyiasat buat seperti apa Latheefah lakukan?

Kalau boleh silakan, kalau tidak hentikan.

MH Noor
Subang Jaya

Loading...